View complete fotopage
|
|
| Monday, 27-Jul-2009 12:00 |
Email | Share | Bookmark |
|
Damsyik / al-Dimashq / Damascus, Syria!
|
|
Aku dan 3 lagi warga media Malaysia yang berada Lubnan, sepakat untuk ke Damsyik, ibu negara Syria untuk satu malam, cuma nak 'berkenalan' dengan bandar itu.
Perjalanan dari Beirut, Lubnan ke Damsyik, cuma 3 jam, dengan bayaran teksi sekitar USD 90 untuk sebuah kereta.
Rasa rugi kalau dah ada di Beirut, tak ke Damsyik sebab jaraknya yg tak jauh mana..
Sebenarnya, hanya kita org Melayu panggil Damsyik. Kalau cakap dengan orang Arab, dia tak tahu Damsyik tu apa. Sebab orang Arab panggil Damsyik sebagai 'Dimashq', bahasa Inggerisnya, Damascus.
Dimashq ni tipikal bandar Arab yang lain. Macam Kaherah. Bangunannya lama dan tak tinggi, lorongnya sempit2 dan bunyi hon kereta merata-rata.
Masa aku di sana, suhu musim panasnya mencecah 40'C! Aku rasa di situlah aku beli air tin paling banyak sepanjang trip tu, selang 10 minit, satu air tin!
Melepasi sahaja sempadan Syria - Lubnan, sudah mula terasa bahang panas. Perbezaannya ketara antara Beirut dan Damsyik. Damsyik macam padang pasir sikit.
But aku suka sytle Damsyik. Settingnya masih tradisi, ala-ala film Ali Baba Bujang Lapok. Dan orang-orangnya juga tak sombong, mereka suka orang Malaysia
Bayangkan lepak kat cafe terbuka macam ni sambil pekena syisya, nikmat! Malam, lagi la meriah
Kami ke sana, niatnya nak tengok Syria je. Jadi, walaupun letih, tapi tak boleh rehat sangat sebab masa suntuk, jadi rugi kalau tak jelajah ibunegara ni.
Lokasi pertama: Souq (Pasar) Hammadiyah dalam kawasan Dimashq al-Qadim (Bandar Lama Damsyik)
Aku selalu tgk Souq ni dalam TV especially Jejak Rasul, tak sangka aku jejak juga kaki di sini. Pasar ni berbumbung hampir 1km, aku rasa ada hampir 1000 kedai jual macam-macam barang dari cenderamata, ke kain ela, kasut, beg, minyak wangi, makanan dan macam-macam lagi lah!
Harga? Macam biasa kalau deal dengan Arab, kalau boleh dia pancung kita, dia akan pancung..
[Penjual Jus Kurma]
Tapi aku tak suka shopping sangat, sebab malas nak deal dengan org Arab, so aku terus ke Masjid Ummayad!
Masjid ini antara masjid tertua di dunia, hari ini ia bagaikan Masjid Negara Syria. Suasana di dalamnya cukup tenang, walaupun banyak budak berlari-lari kesana sini..
Di dalam masjid ini juga terdapatnya sebuah maqam Nabi Allah Yahya AS. Bagaimanapun, hanya kepada baginda sahaja yang terkubur di sini kerana kisahnya baginda di bunuh Yahudi yang mengejar dan kemudian memenggal kepala baginda.
Ada ramai juga pengunjung mat saleh, sebab Nabi Yahya AS juga penting dalam agama Kristian. Di dalam Injil, baginda di kenali sebagai 'John the Baptist' yang membabtiskan Isa Almasih di Sungai Jordan.
Masyarakat Damsyik kebanyakkannya orang Islam Sunni, macam kita. Jadi bila anda di tanya 'awak orang Malaysia?', bersedialah mendengar puji-pujian yang menggunung untuk Malaysia, sebelum anda di minta untuk beli barang dia
Pusing-pusing lagi, aku berjaya temui Makam Salahuddin Al-Ayubi, seorang panglima tentera Islam yang termahsyur, yang memimpin bala tentera Islam dalam Perang Salib.
[tugu Salahuddin (Saladin) di luar Bangunan Citadel]
Cuma sayang, sebab ke Damsyik ni pun tanpa perancangan rapi, aku tak sempat study lebih lanjut pasal Salahuddin ni. Aku cuma teringat film 'Kingdom of Heaven' je
Pusing lagi, aku juga bertemu dengan Maqam Sayyidatina Ruqaiyaa binti Ali KW - anakanda kepada Khalifah ke-4, Saiyyidina Ali KW dan cucunda kepada Rasulullah SAW (Sayyidina Ali berkahwin dengan anak Rasulullah SAW - Sayyidatina Fatimah RA)
Kalau dah berkaitan Ali KW, confirm orang Syiah akan memenuhi tempat tu. Masjid yang menempatkan maqam ni tak terkecuali. Sambil menangis dan menghantuk kepala di maqam itu, banyak lagi yang aku tak faham di lakukan dalam masjid ni.
Kelebihannya, masjid orang Syiah ni memang cantik di pandang mata, menghelit lip lap nya
Walaupun sekejap je di Damsyik ni, aku puas, at least aku faham macamana Syria dan Damsyik punya suasana
Catatan tentang Damsyik / al-Dimashq / Damascus
- Duit Syria, Syrian Pound, macam kertas balut ikan kat pasar. Semuanya dah hitam legam dan remuk sana sini. Kalau anda bagi duit kertas yang baru, dia tak percaya itu duit betul dan akan ambil 5-10 minit hanya untuk pastikan duit baru itu bukan duit palsu. Jadi kalau ke money changer, minta duit kertas yang separuh hancur.
- Org Syria tak banyak yang berbahasa Inggeris. Bersedia dengan Arab paling asas. Ia membantu.
- Masyarakatnya juga mesra.
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|