Want your
own Fotopage?






 
Izwan Azir Saleh's FotoPage

By: Izwan Azir Saleh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 16-Jul-2009 12:00 Email | Share | Bookmark
Kembara ke Lubnan bersama Angkatan Tentera Malaysia, ATM.

Dipanggil ke Cockpit ketika berada 35000 kaki dari aras laut!
Nak landing dah!
Sayang masa di sana, anggur belum masak lagi, masih masam
Pekan kecil Deir Al-Qamar
Sungai Hasbaiya
Masjid Muhammad Al-Amin di Beirut.
Dua minggu pada musim panas di Lubnan (16-30 Julai) bersama anggota tentera pengaman Malaysia, MALCON - membuka satu perspektif baru dalam hidup saya.

Pertama - aku dapat banyak kawan baru, para tentera Malaysia dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan, Darat, TLDM dan TUDM.

Kedua - peluang aku menjelajah seluruh Lubnan, dan mengenali budaya Timur Tengah dengan lebih mendalam lagi



Lubnan - sebuah negara yang berada di antara dua budaya, Arab - Eropah.

Di negara itu, nilai-nilai agama, bukan sesuatu yang di angkat tinggi, seperti kebanyakkan negara Arab konservatif lain seperti Saudi atau Mesir.

Malah, saya agak tercengang bila terlihat seorang gadis bertudung membelai-belai seekor anjing di pantai.

Juga takkan saya lupa 'terjumpa' sepasang kekasih yang asyik bercengkarama di pagar sebuah masjid!

Komposisi penduduknya majmuk - ada Arab Sunni, Arab Syiah, Druze ('Islam' yang buat semua perkara pakai pasang niat je), Kristian Katholik dan Kristian Ortodhox.

Negaranya cantik - orangnya, terutama di kawasan bandar, banyak yang kaya. Cuma, di Lubnan, cuma ada 4 juta orang saja, tetapi 17 juta warga Lubnan berhijrah ke negara lain dan tidak tinggal di negara pesisir Mediterranean itu.

Mungkin sebab jirannya - Israel - bukanlah jiran yang baik.

Ibunegaranya - Beirut, walla! cantik beb..dengan laut Mediterranean yang jernih macam kat Tioman! Tak percaya, go there..





Ikon Beirut adalah 2 batu kapur yang rapat dengan pantai Beirut. Batu ini di kenali sebagai 'BayRock' atau Rowcheh. Gila tak gila, seringkali ada yang akan lompat dari tempat saya mengambil gambar ini, jatuh ke dalam laut dan berenang ke BayRock tu!



Di Pantai Ramlit Al-Baida ni pula, memang menjadi tumpuan masyarakat terutamanya musim panas. Ala Eropah la katakan, semuanya berjemur tak ingat dunia. Sempat sepetang saya menghabiskan masa menghirup udara laut Mediterranean ni.



Tapi aku bukan di Beirut sahaja, malah aku ke banyak daerah lain terutama di selatan Lubnan. Aku ke Tyre (As-Sur), Saida (Sidon), Marjayoun dan beberapa kawasan lain, lebih jauh ke kawasan pedalaman, landskapnya pun berbeza.





Perkampungan Khiyam ni, betul2 berhadapan dengan Israel, macam Johor Bahru dan Woodlands la, tinggal lagi takde laut yang memisahkan kedua-dua negara. Yang ada cuma pagar elektrik sepanjang garis sempadan 'The Blue Line' yang di tetapkan PBB.

Cerita sempadan Israel akan saya sertakan kemudian, InsyaAllah.

Pemandangan kampung Hasbaiya ini pula sentiasa menggamit pandangan saya, terutama waktu senja. Kata tentera MALCON, pandangannya lebih cantik pada musim sejuk dengan Gunung Hermon di belakang itu akan di selimuti salji.



Cuba perhatikan titik oren di puncak kanan gunung - itulah kedudukan tentera Israel yang menawan puncak Hermon dan Bukit Golan. Dari puncak gunung itu, tentera Yahudi dapat mengawal Lubnan di sisi saya mengambil gambar ini dan mengawal Damsyik, ibunegara Syria, di sebalik gunung itu.

Bijak, dan sangat strategik.

Jangan lupa, ketika musim sejuk, gunung ini akan di liputi salji yang mencair ketika musim panas, jadi dengan mengawal puncak gunung, Israel mendakwa berhak pada sumber air yang mengalir ke tanah rendah. Air sangat penting di bumi Arab.



Terus terang, ketika melihat Sungai Hasbaiya ini, saya agak terkejut. Saya dikuasai pemikiran, negara Arab takde sungai macam di Arab Saudi. Rupanya Lubnan bukanya padang pasir macam negara Arab lain, ia lebih beriklim Mediterranean yang tidaklah terlalu panas - berangin.

Kami sempat menghabiskan suatu masa petang lepak di sungai ni sambil makan kebab. Beberapa keluarga Lubnan yang turut lepak minum petang di tebing sungai, memberi kami biskut, buat tembikai dan minuman tin.

"Nuhibbeh Malizia" kata mereka - Kami sukakan Malaysia!



Dan, Lubnan dari segi sejarahnya dulu adalah sebahagian dari Negeri Sham, negeri di mana Rasulullah membawa dagangan Sayyiditina Khadijah RA, sebelum menikahi isteri pertama baginda itu. Jadi, banyak lokasi bersejarah yang sempat juga saya lawati.



Contohnya bangunan ini yang saya temui di daerah perbukitan Deir Al-Qamar. Kerana takde bangunan begini di Malaysia, saya jadi terpegun, apatah tempatnya di ubah suai menjadi kedai cenderamata, menarik!

Berdekatan dengannya juga letaknya lokasi dimana Malaikat datang kepada Nabi Ayub AS dan menyembuhkan penyakitnya yang dahsyat, sehingga mengikut sirahnya, habis lari keluarganya akibat penyakit yang membusuk itu.

Banyak pengalaman cukup berharga bila saya di Lubnan, semuanya saya lipat dengan kemas dan letakkan dalam satu tempat istimewa di hati saya. Banyak berjalan, luas pemandangan kan, dan lebih banyak ilmu baru yang di pelajari.



Beberapa catatan lain berkait Lubnan

- pokok pada bendera Lubnan itu ialah Pokok Cedar - sejenis pokok yang banyak tumbuh di utara Lubnan. Ia diangkat menjadi simbol nasional kerana ketahanannya. Pada musim apapun, panas, salji atau ribut, daunnya tetap hijau dan keteguhannya tidak tergugat.

- Azan di daerah yang majoritinya orang Syiah, berbeza sedikit. Ada beberapa rangkap lain yang di masukkan, terutama memuji Saiyidina Ali KW.

- Matawang Lubnan - Lira Lubnan (LL) - macam Rupiah Indonesia, beli suratkhabar harga 500 LL. Jadi, hampir semua peniaga suka berurusan dalam Dolar Amerika (USD) dengan pelancong asing.

- Orang Druze mengaku Islam, tapi kitabnya bukan Al-Quran. Ada kitab khas lain.

- Semua orang di Lubnan bagi salam dan baca Al-Fatihah, tak kira agama apa pun, jadi susah nak tahu dia Islam atau Druze atau Kristian. Bezanya bila kita terkejut dan sebut 'Ya Allah', diorang akan sebut 'Ya Isa' 'Ya Maryam' atau 'Santa Maria', barulah kita tahu rupanya dia bukan Islam.

- Beirut di gelar 'Paris of the Middle East' - wanitanya menghias diri ala Eropah.

- Orang Lubnan sangat hormat pada Hezbollah - parti yang mempunyai angkatan tentera sendiri yang mempertahankan Lubnan dari serangan Israel. Dan orang Lubnan benci pada Israel, menggelar Yahudi sebagai 'golongan pembunuh para Nabi'.

- Orang Arab Lubnan mesra dan suka kepada pelancong. Berbeza dengan orang Arab negara lain yang kebanyakkannya sombong sebab kaya.



Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.