Want your
own Fotopage?






 
Izwan Azir Saleh's FotoPage

By: Izwan Azir Saleh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Jun-2008 12:00 Email | Share | Bookmark
Selamat Jalan Tok..

Cuma sehari selepas majlis resepsi Noin di Gerik..kami di gemparkan dengan berita sedih ini..

Tok aku, yang terakhir utk aku...pergi kepada Yang Menciptakannya..


Tok - 17 hari sebelum pergi meninggalkan kami, di Majlis Perkahwinan Noin pada 17 Mei lalu.
Kami sekeluarga sepakat, gambar-gambar tok di majlis ini adalah yang terakhir di rakamkan sebelum dia meninggal dunia.

= = = = =

Tengahari tu, aku yang dah sampai dari Gerik dari semalam lagi...kena baca berita Buletin 130.
My mum sms me dari Kulim, bgtau aku, kalau dah habis kerja, pi jenguk Tok di rumah my auntie di Shah Alam..dah agak membimbangkan dah keadaannya. They all pun dah nak bergegas balik dah ke KL.
So selesai je kerja di ofis, pas Maghrib tu, aku ke rumah Mak Tam aku di Seksyen 7.
Di sana, aku terkejut tgk tok terbaring di bilik dia, ada adik2 sedara aku yang bacakan dia Yassin.
I still remember Pak Long Ya'akob bisik di telinga tok masatu "sebut Allah, Allah, Allah mak".
Aku terkejut tgk cara tok bernafas - menggeletar satu badan dia nak menarik sekali nafas je..
Seolah-olah begitu sakit sekali nak menarik dan menghela nafas..
Aku tanya Pakteh, what are the chances, they all kata, pada keadaan begini, kita banyakkan berdoa aje..
My mum rushing back dari Kedah and sampai jam 9 malam.

9.05 minit malam, selepas 3 kali menarik nafas, Tok menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan anak-anak dan cucu-cucunya, termasuk aku, berada di sampingnya..

"She's gone" - kata doktor yang di bawa datang ke rumah malam tu untuk melihatkan keadaan tok.

Aku, and semua yang ada di situ, tak mampu tahan air mata lagi...


Hajah Zainab Mat Saud (1918 - 2008) kelahiran Ciawi, Indonesia
berkahwin dengan tokayah aku (Hj Mohd Nor - arwah), ketika usianya 16 tahun, di Singapura.

= = = = =

Tok akhirnya pergi juga, dalam keadaan yang cukup tenang, dan sakit yang tak sampai sehari. Tengahari tu dia masih boleh lunch lagi dengan Pakngah aku yang datang menjenguk dia..

Even Maghrib tu, dalam dia menahan sakit (she passed away at 9.05pm), dia masih boleh tanya "Dah masuk waktu Maghrib ke"?

She's 90 years old anyway. Dia tak pernah nyanyuk..

Aku boleh consider rapat dengan dia. Seingat aku, 2 kali aku hantar dan ambil dia secara bersendirian ke / dari Singapura, my auntie's house.

Aku ingat lagi, dulu kecik2, orang panggil aku "cucu tok nab" (nama tok aku Hajah Zainab)

Sebabnya, aku cerewet macam dia, and tak suka keadaan bersepah2 ni. Aku cepat nak bising, sama macam arwah tok aku.

Arwah ialah peminat nombor satu aku. Yang buatkan aku menangis masa temankan jenazah dia malam tu, and even masa kebumikan dia pun sebab aku teringat kata2 dia pada aku..

"Tiap kali tok tengok wan baca berita, tok tak pernah lupa doakan wan. Doakan wan agar lebih berjaya dan doakan wan dilindungi dari apa2 bahaya, kejahatan orang"

Aku sedih - malah mengalir air mata aku - setiap kali teringat ungkapan tok aku ni. Dia tak boleh membaca, jadi dia suka dengar aku baca berita, walaupun mungkin dia tak faham apa benda yang kita bacakan tu sebab dia dah tua, tak tahu isu semasa...but dia akan tunggu depan tv, 8 sampai 9pm.

===

Tadi (6 Jun 2008) sebelum aku masuk ke ofis, aku sempat singgah ke kubur sekyen 21 Shah Alam, ziarah kubur tok.

Aku bawa Anderie sama, sebab dia takde masa tok meninggal hari tu.

Masa aku nak balik, aku ucap "Assalamualaikum tok, wan balik dulu ye..."

Tiba-tiba air mata aku bergenang...sedih meninggalkan insan yang aku sayangi.

Kepada yang membaca catitan ini, saya minta sedekahkanlah Al-Fatihah untuk nenda saya. Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya, memaafkan dia dan menempatkan rohnya bersama orang-orang yang soleh serta membalas kebaikan yang pernah dia lakukan dengan sebaik-baik pembalasan, Amin.

Sesungguhnya tok sudah mendahului kita, suatu hari nanti kita juga pasti menyusul untuk kembali kepada Yang Menciptakan kita.


di rumah aku masa Noin nikah 16 Mei lalu. duduk di belakang dari kiri - paklang zainon, maklang, tok and johan
duduk di depan dari kiri, maksu, mak, makteh dan maktam.

Quote:
"Wan bila nak naik pelamin ni? Sementara tok ada umur ni, bolehlah nanti tok merenjis wan atas pelamin."
Tok - 17 hari sebelum pemergiannya, di majlis persandingan Noin.
InsyaAllah Tok, ada jodoh nanti, ada rezeki, Wan akan tunaikan harapan tok tu, walaupun tok dah takde untuk merenjis wan..


p/s: tok ialah bonda pada mak aku.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net