Want your
own Fotopage?






 
Izwan Azir Saleh's FotoPage

By: Izwan Azir Saleh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 9-Dec-2007 20:11 Email | Share | Bookmark
Tips memandu di Thailand (Driving up north to Bangkok)

Ikut Highway 4, 41 dan 35 sahaja ke Bangkok
Contoh signboard Highway 35
Nombor 4 di lambang tu menunjukkan Highway mana kita berada
Sempadan Myanmar
Contoh signboard Highway 4.
Hati2 dengan lori overload macam ni. Banyak di sana.
Ada bilik sembahyang di sediakan di beberapa tempat.
One of the R&R
Logo Halal Thailand. Jaga hukum hakam kita bila mencari makan.
Ikut arahan bila di minta berbuat demikian.
Pertama, nak masuk Thailand dengan kereta kena bawa geran kete, and kena beli 3rd party insurance.
Insurance ni sgt2 basic (utk tujuan legal je). Dinasihatkan beli insuran perlindungan tambahan.

Di Border, selepas pasport dah di stamp, proceed ke kaunter kastam. Pegawai Kastam akan minta kita park kereta (mungkin dia akan check kereta).
At this point, kita kena sign satu borang pengesahan...
Memandu ke Thailand agak unik. Sebab kita bukan di kira sebagai "bawa" kereta kita ke sana. Sebaliknya kita di anggap "mengimport" kereta kita ke Siam dan kita kena sign borang untuk berjanji bahawa kita akan "eksport" semula kereta kita keluar dari Siam dalam tempoh tertentu.

Ok, isi minyak penuh2 dulu di border - minyak di Siam mahal - Full tank Waja aku di Siam - RM 170.
Direct journey will take abaout 12-13hrs of driving. 933 kilometer..Letih woo...
Ketika ini, ubah setting jam, sejam ke belakang dari waktu Malaysia. Siam lewat sejam dari Malaysia.

Dari sempadan, ikut highway Nombor 4, 41 dan 35 sahaja.
Di Thailand, Hiway dia ikut numbering system. Highway 4 lead to Bangkok dari border.
Tapi jangan ikut 4 terus, nanti dia bawak kita pusing jalan jauh sampai sempadan Myanmar.
Bila sampai Patthalung, divert ke Highway 41, sampai lah ke Chumphon.
Dari Chumpon, return to Highway 4, sampai Petchaburi.
Dari Petchaburi, boleh kekal di Highway 4 untuk ke Bangkok, tp jalannya jauh.
Jadi di nasihatkan, divert to 35, Hiway ni akan melalui Samut Songkhram, Samut Sakorn and sampai ke Bangkok.
Bila nak sampai ke Bangkok, jangan ikut jalan yang tulis "Samut Prakan" - tu dah tersasar, lepas dari Bangkok.
Cari yang tulis Suksawat Road, atau Sukhumvit Road Exit. Rama III atau IX Road pun ok.

Bersabar dan ikut undang2 jalanraya Thai. Jangan bagi hi-beam pada pemandu Siam. Tetapi pemandu Siam akan selalu bagi hi-beam pada kete Malaysia. Bersabarlah.

Potong kiri di bolehkan di Highway, tp jgn tunjuk terer. Orang Siam tak suka. Macam kita tak suka tgk orang Singapore tunjuk terer kat Highway kita gak la.



Stesen minyak banyak, (termasuk PETRONAS dekat2 nak sampai Bangkok) all the way ke Bangkok, tp bila balik ke Selatan, stesen minyak tak sebanyak seperti menghala Utara.

Bawa bekalan makanan kalau perlu. Sangat susah nak cari makanan halal, terutamanya menghala ke Utara.

Bawa banyak CD lagu juga. Anda takkan tahan dengar radio Siam untuk 12 jam dengan satu menda pun tak faham.

Ada R&R dia di highway, tp bukan macam kita. Kebanyakkannya di stesen minyak, ada tempat makan2 sekali. Dan 7Eleven
.
Bila berurusan dengan orang Siam, bila dia bagi "Wai" pada kita, kita perlu balas. Kegagalan membalas Wai di anggap kurang ajar.
(Wai - melekapkan kedua tapak tangan (macam Cina semayang), letak jari bawah hidung dan tunduk).

Jangan tunjuk dengan jari pada tok sami dia, atau jangan gelak2 sambil tengok gambar Raja dia. Anda takkan selamat balik ke Malaysia. Penghormatan secukupnya di perlukan pada dua perkara tu.

Jika berada di tempat umum pada pukul 0800 dan 1800, akan ada lagu kebangsaan (Pleng Chat) di putarkan. Sila berdiri dan jangan buat selamba je. Pukul 0800 dan 1800 setiap hari adalah waktu menghormati negara. Di tempat2 awam, lagu kebangsaan akan di mainkan.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net