|
|
| Tuesday, 18-Dec-2007 05:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Meeting Newsreader - serius dalam gelak tawa
|
 |
|
Azrul and Ina A'ala serius (kelaparan), nak mkn karipap!
|
|
|
Newsreader TV3 jarang ada formal meeting.
Selalunya notice atau memo dah memadai.
Tapi, General Election (GE) kan juz around the corner, so meeting ni bertujuan menyusun semula barisan penyampai TV3 agar bersedia menjelang GE.
Maka diumumkan si polan bin si polan kena hantar ke mana, ke utara ke, selatan ke, timur ke, borneo ke..
As for me, hehehe, rahsssiiiiaaa....
Dan selain itu, masalah2 berbangkit lain penyampai termasuk penampilan, imej, gaya persembahan dan sebagainya turut di bincangkan sama..
Serius semuanya - namun sebagai satu keluarga penyampai berita, sering kali ada gelak tawa di antara kami
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 13-Dec-2007 18:37 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Majestic Grand Palace of Thailand
|
 |
|
Tiga kuil utama dalam kawasan Grand Palace
|
|
 |
|
Penat and Panas, tapi tengah teruja
|
|
 |
|
Nama pagoda ni, Phra Siratana Chedi
|
| | View all 12 photos... |
|
Kagum.
Aku memang teruja bila dapat masuk ke kawasan Istana di Bangkok ni (bayaran Bht 250).
Ia bukan saja mempamerkan keunikan dan kemegahan temple2nya, tp ukiran atau finishing bangunannya yang sangat teliti, membuatkan - pada aku, antara bangunan paling cantik pernah aku tengok.
Dan ketelitian ini sendiri, membuktikan keagungan pemerintahan raja2 Siam dari dulukala lagi.
No wonder Siamese are very proud of their heritage and their monarchy.
Kawasan Istana ini terletak di pulau Rattanakosin.
Ia di panggil "pulau" kerana pada tahun 1782, King Rama I the Great Chulaloke yang memindahkan pusat pemerintahannya dari Thonburi ke tebing timur sungai Chao Phraya, memerintahkan pembinaan terusan yang mengelilingi kota Istananya.
Jadi hari ini, Istana ini seolah2 sebuah pulau yang di pisahkan oleh terusan yang mengelilingi kota Istana tu.
Selain kuil2 Buddha, kawasan Istana ini turut menempatkan Dewan Kemahkotaan Raja Bhumiphol pada 1950.
Raja dan Ratu Sirikit bagaimanapun tidak tinggal di Istana ini, sebaliknya bersemayam di Istana Chitralada, pinggir Bangkok.
Manakala banyak majlis kenegaraan berlangsung di Istana Dusit, juga di pinggir Bangkok.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 12-Dec-2007 16:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
2nd Day in Bangkok
|
|
Kepenatan memandu dari Chumphon semalam (6jam), kami tido je pas check in and dinner di hotel.
Pagi ni, aku bangun subuh2 nak tgk kota Bangkok waktu pagi..
Bilik aku di Tingkat 13 hotel...wow, good view la!
Beautiful....cantik, skycrapers dia mengunjur dari timur ke barat...
Pagi ni kami menjelajah Bangkok.
Bermula dengan Lumpinee Park, then to Siam Paragon di Rama I, terus ke Khao San, then ke Muzium Perahu Diraja (the Royal Barge), menjelang Maghrib, lepak2 ambil angin petang di Sanam Luang, ke Tugu Democracy dan malam ke Silom. Sempat jugak jeling2 ke kawasan Patphong (Red Light District)..
Perggghh, macam2 ada...sekali lagi keimanan kami di uji, hehehe
Kira sehari suntuk la aku berjalan pusing Bangkok arini..
Kami jalan kaki (sampai lenguh2), dari town ke ceruk hulu..jauh gak..but good experince.
Dah penat jalan, naik MRT atau teksi - malas nak naik tuktuk.
Makanan kami - masih roti and meggi mee.
Kami jumpa satu je kedai makan Islam di Siam Paragon, kat food court dia, ground floor
Belasah nasi puas2 kat situ, apa tunggu lagi kan?
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 11-Dec-2007 15:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Bangkok (Krungthep MahaNakhorn) yang sangat mempersonakan!
|
 |
|
Beautiful...
|
|
 |
|
Menam Chao Phraya
|
|
 |
|
Tak Beautiful..pemandangan biasa di Thai. Ini di pinggir Bangkok
|
| | View all 5 photos... |
|
Tiba di Bangkok (bahasa tempatan: Krungthep Mahanakhorn) jam 3 petang hari kedua di Thailand, aku ternganga kagum.
Bandarayanya, aku boleh gambarkan 3 kali besar Kuala Lumpur.
Sungai (Menam) Chao Phraya yang membelah bandarnya sangat menakjubkan, kapal kontena pun lalu simpang siur..
Dari segi pemanduan kami ke Bangkok, memang bila nak masuk city area, kami dah lost.
Ini disebabkan signboard dia dah tak indicate "Bangkok" lagi dah, sebaliknya kawasan2 kecil dalam bandaraya tu (Dan Khanong, Suksawat, Ratanakosin etc)
Macam kat KL la, mana ada signboard tengah KL tunjuk "Kuala Lumpur", sebaliknya daerah2 yang kecil macam Sentul, Ampang, Cheras etc.
Di Bangkok, daerah2 kecil ni, memang aku and Anderie tak tahu langsung..
Jadi kami jadikan bangunan tinggi Bangkok sebagai pedoman. Semakin hampir ke kawasan bangunan tinggi, maknanya kami makin hampir ke pusat bandar.
Peta Bangkok, aku teliti penuh hati-hati, tapi sesat juga, sebab selalu terlepas simpang..
Namun akhirnya kami sampai juga ke kawasan tengah bandar (Silom Road), nak check in di Pan Pacific, harganya Bht 8000 (RM800) satu malam!
Sebab tak mampu (and membazir), kami ke Pinnacle Hotel, masih di tengah bandar juga. Bht 2200 (RM 220) satu malam. Very nice, cosy hotel.
Thanks to Gee, staff kat Pan Pacific tu yang cadangkan hotel tu pada kami.
I've told u, orang Siam memang mesra alam...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 11-Dec-2007 15:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
2nd day di Thailand - Bangkok, here we come!
|
 |
|
Highway Thailand - luuuurrrruussss je, takde belok2 macam kita.
|
|
 |
|
Bandar kecil sebelum Petchaburi, 3 jam dari Bangkok
|
|
 |
|
Membelasah Tomyam kat 7E setelah semua menu lain ada pork!
|
| | View all 6 photos... |
|
Pagi di Chumphon, berkabus..
Aku and Anderie check out hotel, without breakfast (semua menu ada pork!), sambung perjalanan ke Bangkok.
Orang hotel tu cakap boleh masak masakan Islam utk kitorang, tp dia guna minyak and kuali yang sama utk goreng pork tu gak..ish jd utk kebaikan bersama, kami tak breakfast di hotel tu.
Sebaliknya kami pi 7Eleven (yang berlambak2 kat Thailand ni - even ada yang menggelar Thailand as "Negara 7Eleven"), beli roti banyak2, yang ada cop Halal kat belakang dia, and susu coklat.
Lapar memang lapar, tp demi keimanan kami....cheeewah!
Meggi tomyam lah yang kami belasah sepanjang di perjalanan...
Perjalanan di teruskan - 6 jam lagi ke Bangkok menurut kata reception (amoy Siam) kat hotel td.
Dari Chumpon, kami melepasi Prachuap Kiri Khan yang bersempadan Myanmar (di Segenting Kra), terus lagi ke Hua Hin, Cha'am, Petchaburi, Samut Songkhram, Samut Sakorn and at last, BANGKOK!
|
|
|
|
|
|
| Monday, 10-Dec-2007 14:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pengembaraan ke Bangkok - bermula!
|
 |
|
Sempadan 2 negara
|
|
 |
|
Pekan kecil Chumphon - 500 km dari sempadan Malaysia dah
|
|
 |
|
Kompleks Imigresen dan Kastam Diraja Thailand - Sadao
|
| | View all 5 photos... |
|
Pagi Isnin tu aku bangun pagi, Anderie datang ke hotel di Butterworth.
Aku cadang nak ke Bangkok naik kereta api, tp tiket dah abis 2 hari lepas dah...ciss
Jadi dengan kereta waja kesayangan aku, kami gagahkan juga ke Bangkok, yeah!
Pertama kali aku memandu ke Tanah Siam, aku boleh katakan satu pengalaman mencabar tapi sgt menarik..
Di CIQ Siam, semua lancar - proses membawa masuk kereta aku takde masalah.
Aku akan ceritakan cara memandu ke Siam later, bagi traveller yang nak mencuba ke Bangkok.
Orang Siam pun mesra alam and murah senyuman...senang membantu bila kita kesusahan (walaupun yang samsengnya pun tak kurang juga)
Melepasi sempadan Bukit Kayu Hitam - Dan Nok pukul 3pm, kami perlukan 12 jam untuk ke Bangkok.
Hari pertama, managed sampai Chumphon je, daerah di Segenting Kra, 8 jam dari sempadan.
Masing-masing penat, kami pengsan di Hotel Grand Palace Chumpon (yang standardnya cuma macam pondok je, bukan palace)
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-Dec-2007 20:11 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tips memandu di Thailand (Driving up north to Bangkok)
|
 |
|
Ikut Highway 4, 41 dan 35 sahaja ke Bangkok
|
|
 |
|
Contoh signboard Highway 35
|
|
 |
|
Nombor 4 di lambang tu menunjukkan Highway mana kita berada
|
| | View all 10 photos... |
|
Pertama, nak masuk Thailand dengan kereta kena bawa geran kete, and kena beli 3rd party insurance.
Insurance ni sgt2 basic (utk tujuan legal je). Dinasihatkan beli insuran perlindungan tambahan.
Di Border, selepas pasport dah di stamp, proceed ke kaunter kastam. Pegawai Kastam akan minta kita park kereta (mungkin dia akan check kereta).
At this point, kita kena sign satu borang pengesahan...
Memandu ke Thailand agak unik. Sebab kita bukan di kira sebagai "bawa" kereta kita ke sana. Sebaliknya kita di anggap "mengimport" kereta kita ke Siam dan kita kena sign borang untuk berjanji bahawa kita akan "eksport" semula kereta kita keluar dari Siam dalam tempoh tertentu.
Ok, isi minyak penuh2 dulu di border - minyak di Siam mahal - Full tank Waja aku di Siam - RM 170.
Direct journey will take abaout 12-13hrs of driving. 933 kilometer..Letih woo...
Ketika ini, ubah setting jam, sejam ke belakang dari waktu Malaysia. Siam lewat sejam dari Malaysia.
Dari sempadan, ikut highway Nombor 4, 41 dan 35 sahaja.
Di Thailand, Hiway dia ikut numbering system. Highway 4 lead to Bangkok dari border.
Tapi jangan ikut 4 terus, nanti dia bawak kita pusing jalan jauh sampai sempadan Myanmar.
Bila sampai Patthalung, divert ke Highway 41, sampai lah ke Chumphon.
Dari Chumpon, return to Highway 4, sampai Petchaburi.
Dari Petchaburi, boleh kekal di Highway 4 untuk ke Bangkok, tp jalannya jauh.
Jadi di nasihatkan, divert to 35, Hiway ni akan melalui Samut Songkhram, Samut Sakorn and sampai ke Bangkok.
Bila nak sampai ke Bangkok, jangan ikut jalan yang tulis "Samut Prakan" - tu dah tersasar, lepas dari Bangkok.
Cari yang tulis Suksawat Road, atau Sukhumvit Road Exit. Rama III atau IX Road pun ok.
Bersabar dan ikut undang2 jalanraya Thai. Jangan bagi hi-beam pada pemandu Siam. Tetapi pemandu Siam akan selalu bagi hi-beam pada kete Malaysia. Bersabarlah.
Potong kiri di bolehkan di Highway, tp jgn tunjuk terer. Orang Siam tak suka. Macam kita tak suka tgk orang Singapore tunjuk terer kat Highway kita gak la.
Stesen minyak banyak, (termasuk PETRONAS dekat2 nak sampai Bangkok) all the way ke Bangkok, tp bila balik ke Selatan, stesen minyak tak sebanyak seperti menghala Utara.
Bawa bekalan makanan kalau perlu. Sangat susah nak cari makanan halal, terutamanya menghala ke Utara.
Bawa banyak CD lagu juga. Anda takkan tahan dengar radio Siam untuk 12 jam dengan satu menda pun tak faham.
Ada R&R dia di highway, tp bukan macam kita. Kebanyakkannya di stesen minyak, ada tempat makan2 sekali. Dan 7Eleven
.
Bila berurusan dengan orang Siam, bila dia bagi "Wai" pada kita, kita perlu balas. Kegagalan membalas Wai di anggap kurang ajar.
(Wai - melekapkan kedua tapak tangan (macam Cina semayang), letak jari bawah hidung dan tunduk).
Jangan tunjuk dengan jari pada tok sami dia, atau jangan gelak2 sambil tengok gambar Raja dia. Anda takkan selamat balik ke Malaysia. Penghormatan secukupnya di perlukan pada dua perkara tu.
Jika berada di tempat umum pada pukul 0800 dan 1800, akan ada lagu kebangsaan (Pleng Chat) di putarkan. Sila berdiri dan jangan buat selamba je. Pukul 0800 dan 1800 setiap hari adalah waktu menghormati negara. Di tempat2 awam, lagu kebangsaan akan di mainkan.
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-Dec-2007 14:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Penang lagi - kali ini dengan keluarga
|
 |
|
Penang memang sinonim dgn Feri and KOMTAR
|
|
 |
|
Pantai Berseh - first time aku tau pasal pantai ni, hehehe
|
|
 |
|
Keharmonian bumi, langit dan laut
|
| | View all 4 photos... |
|
Selesai majlis kenduri Lia-Fitri di Dewan Dato Haji Badawi, Butterworth, aku and family, paklang maklang sefamily, Pakndak and Makndak sefamily dengan pengantin sekali, pi lepak Padang Kota, amek angin petang and apalagi....makan pasembur (pasemboq) la...sampai la malam!
Ptg tu aku dengan adik aku sempat pusing2 jap kat Butterworth tu and "terjumpa" pantai berseh yang...hehe, aku tak pernah tau pun kewujudannya.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 6-Dec-2007 19:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Goodbye my lovely cat, Tofie.
|
 |
|
I will miss jelingan ni..
|
|
 |
|
Rantai leher tu Anderie and I bought it kat One Utama
|
|
 |
|
Tido dalam bilik aku..
|
| | View all 6 photos... |
|
While in writing this, im crying..yeah
Anderie gave me this cat bila dia kena jalani latihan di PULADA Johor awal tahun ini.
I can still remember, the night I picked her up and bawak balik ke Klang dari Ampang.
She's the only cats yang duduk diam dalam kereta aku, even dia duduk atas riba aku lagi masa aku drive, satu tangan pegang stereng, satu tgn aku belai dia, to comfort her down. And dia diam, tak struggle..
After that, she's the only cats yang tidur hujung kaki aku, and paling penting, kejut aku bangun Subuh.
Caranya, dia akan meow untuk keluar dari bilik aku every morning dalam 6.30am, mungkin dia kesejukan dek kerana aircond.
Dia paling manja dengan aku..
To be honest, aku even bahasakan diri aku as "papa" to her...
Aku bagi dia makan everyday, dia akan panjat naik tunggu aku bukak tin makanan dia, and gesek kepala dia kat tgn aku yang dok bukak tin makanan dia.
She's the only cat I allowed to be on top of table masa aku makan, sbb dia tak kacau, tp dia tgk aje dari jauh depan aku...
Can u imagine macammana manjanya dia?
Tofie paling pembersih, tak pernah buang air merata-rata. Tempatnya khas dalam toilet, ada plastik khas, dia akan buang semua atas tu.
Kalau plastik tu kita cuci and sidai, dia akan meow meow minta kita bagi dia plastik tu bila dia nak pakai..
Semalam, when i came back from late assignment, as usual Tofie tunggu aku kat porch sebelah sangkar anak2 dia.
Once aku turun dari kereta, dia terkedek2 lari ikut aku masuk rumah..
Aku buka stokin aku, she will play with it and landing atas kaki aku mintak belai..
That was the last time she ever did that..
Masa aku nak naik ke atas, toleh kat dia, she look at me tepi pintu, macam minta orang untuk bukakan pintu untuk dia keluar..
Abah bukak pintu sebab nak alihkan kereta...and aku naik atas.
Less than a minute, abah jerit minta aku turun tgk Tofie kena langgar kereta.
And thats it...she's gone....forever.
I dont know why im so sensitive about this cat, i even cried like i lost my very best friend.
Indeed, she's my lovely best friend. Yes.
While aku sering update my friendster or Fotopages ni, she will be next to me, either watching me or selalunya dia jilat bulu dia, she's really a clean cat.
Sehari sebelum Ramadan, dia lahirkan 4 cute kittens - Cumi, Ciki, Kopi and Milo.
Dia punya sayang anak2 dia, jilat siang malam, play with them, running here and there...lovely.
But she's gone now...i will always miss u Tofie.
U are a good cat.
You guys might laugh while reading this...its ok, its ur right.
But thru her eyes, i know that Tofie knows that I love her as my cat so much and I know that she knows that Im her "tuan" and will try to please me as possible as she can.
You did that very well Tofie. For all this time, u did that very well. 2 thumbs up for u.
I will miss this makhluk Allah yang pernah buat aku tersenyum tgk kerenah dia, buat aku ketawa bila dia gigit2 manja kaki aku, buat aku rasa sedih bila tgk dia lesu kena injection kat klinik, buat aku kadang-kadang geram sebab tak sabar-sabar tunggu aku buka tin makanan dia...
I dont know what else to say..im so, so sad.
Thank u my friend, u have lead me to be with He who created you. Rest in peace my dear friend, Si Tofie...mak abah, Ikah, Noin, Along & Mimie, Mamat, Anderie, Papa and Mama will miss you.
It will be different now, without Tofie who always wait for me at door..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Dec-2007 17:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Panjang umur Raja Bhumiphol Adulyadej!
|
 |
|
Jalur Gemilang Thai?
|
|
 |
|
Kebanggaan Malaysia, shoot from the Thai soil - dalam Embassy
|
|
 |
|
The main "dont" in Thai is to insult the King
|
| | View all 4 photos... |
|
Sepetang aku di Kedutaan Thailand, Jalan Ampang, Majlis doa selamat untuk Hari Ulangtahun Raja mereka, His Majesty King Bhumiphol Adulyadej ke-80.
Serious, it was a doa selamat ceremony, lead by Ustaz Hasan Azhari, ayah Jalaluddin Hasan and Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan.
Mengikut pegawai kedutaan, pertama kali mereka anjurkan doa selamat untuk Raja mereka secara Islamik. Unik!
Walaupun Rajanya bukan orang Islam, namun di doakan agar Tuanku memerintah dengan adil dan saksama dan kesejahteraan untuk seluruh Thailand, dan khususnya kesejahteraan dan keamanan di wilayah selatan yang bergolak.
Aku respek cara orang Thailand salute their King.
Kalau kita lalu depan gambar Agong, kita wat dek je...
Orang Thailand tunduk hormat depan gambar Raja mereka...
Ermmm...
|
|
|
|
|