|
|
| Sunday, 13-Jan-2008 03:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Maal Hijrah 1429
|
|
Semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya
dan..
Semoga anda dan saya senantiasa dalam lindungan dan rahmatNya
Amin
ikhlas
Izwan Azir Saleh
puas hati giler dgn hasil kerja sendiri
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 12-Jan-2008 23:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
First Test of my SLR - Putrajaya!
|
 |
|
Opis Perdana Menteri
|
|
 |
|
Baru pas hujan..
|
|
 |
|
Kerahan tenaga...adik2 dipaksa jadi model :-)
|
| | View all 9 photos... |
|
Aku rasa, sape2 pun kat KL yang baru beli SLR, akan pikir utk ke Putrajaya and godek2 the cam
Aku mmg dah aimed Putrajaya since the day aku dapat D40x aku ni.
Hasilnya, dari pukul 1800 sampailah 2130, aku pusing Putrajaya and mencuba2 snap sana sini..
Hehe, adalah dalam 100 keping lebih..
Disertakan beberapa hasil yang berjaya di snapped (and pada aku, boleh la kalau nak di kongsikan, lain tu buruk, malu arrr..)
Komen, sangat-sangat di alu-alukan yaa dont feel hesitate to critic this boy - a new comer.
Aku suka hat ni..ilham dari montaj Nightline, hehehe
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Jan-2008 22:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aku dah ada D-sLR, yeah!
|
 |
|
Si Cumi, anak Tofie. Aku suka pic ni..hehe
|
|
|
At last, aku dapat jugak SLR aku..
Malas nak pikir2, malas nak mengidam lama2, pas keje tadi, ajak abg Rusaimi, one of our Technical Producer, pi One Utama.
Aku dah recce dah camera ni a day before.
So, balik aje rumah, anak2 kucing kesayangan aku la jadi mangsanya..
So, in the near future, aku akan berseni melaui fp ni...
Teguran rakan-rakan semua, sangat-sangat dialu-alukan ye
Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan
Mulai arini, Nikon D40X, u my best friend...
geraammmm...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 8-Jan-2008 15:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sepetang di rumah bakal Angkasawan kita
|
|
Dah lama gak break dari fp ni..
Bukan apa, takde isu and sibuk keje, hehehe
Tapi petang ni, bila aku di tugaskan ke rumah bakal Angkasawan kita, Mejar Dr. Faiz Khaleed, camera aku lah antara yang pertama di capai
Tell u what, this is my second time i met him personally..
And surprisingly, dah macam lama kenal..interview dia cuma 15 minit, tapi aku bersembang dgn dia mau setengah jam..
Nice guy he is, lagipun umur kitorang sama, so macam2 la ceritanya..
And yang paling buatkan aku "perasan" petang ni, he told his mum about me, macammana bersungguhnya aku masa baca berita
Menunjukkan dia prihatin dengan persekitaran dia..
To u Faiz, all the best and make us proud of u and this country ok?
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-Dec-2007 21:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
มุฮัมมัดอิสลวัน
moo-haa-mat i-se-wan
|
|
|
|
|
|
| Friday, 28-Dec-2007 17:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Fiona balik dari Amerika, cuti Krismas!
|
 |
|
Dah jarang berjumpa, amek la gambarkan, apa lagi?
|
|
 |
|
Fiona Maria Periera
|
|
 |
|
Semua nak dengar kisah dari negara Uncle Sam
|
|
|
One of our Business News newsreader and assignment editor paid a short visit to us at Sri Pentas petang tadi.
Fiona now belajar di Denver University, United States, amek course International Relations.
Agak kurus sikit (katanya rindu masakan Malaysia) - tetapi tetap ceria macam selalu.
Aku rindu gak kat Fiona ni, sebab dialah "cikgu" English aku kat Newsroom tu.
Usually, to check certain words or phrases, Fiona lah yang akan aku cari.
So, bila dia lawat sekejap ni, lepaslah rindu kitaorang nak bergelak tawa macam dulu...
All the best to u Fiona - next year i pun kembali bergelar student macam u gak, insyaAllah
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 27-Dec-2007 17:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Farewell Benazir Bhutto (1953-2007)
|
|
Tidak banyak yang saya tahu mengenai insan ini..
Apatah lagi untuk mendalami perjuangan yang di perjuangkan wanita besi ini.
Namun, sebagai seorang Islam - dan meneliti perjalanan dunia ini hari ke hari, saya amat bersimpati dengan kejadian yang menimpa Allahyarham Benazir Bhutto.
Menjadi Perdana Menteri Pakistan, kemudian di singkirkan dan hidup dalam buangan di Dubai, namun kembali ke tanahairnya untuk melakukan perubahan - tidak disambut gembira semua pihak.
Ditembak 2 kali di leher dan dada, dan kemudian di bom setelah selesai berkempen, Benazir di percayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital Rawalpindi.
=============
Selesai menyampaikan Buletin Utama malam tadi, saya dan rakan-rakan di pejabat dikejutkan dengan "Breaking News" oleh CNN yang membawakan ulasan tragedi pembunuhannya.
Saya tidak pernah bersetuju dengan perjuangan menggunakan senjata - seperti yang menimpa Benazir dan berharap pihak bertanggungjawap di bawa ke pengadilan.
Dan kita juga berharap, agar kestabilan politik dan kemakmuran dapat di kecapi semula oleh negara ini.
Al Fatihah dan Belasungkawa Pakistan.
I think she's pretty..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Dec-2007 18:07 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pilihanraya Thailand - Kemana halatuju Gajah Putih?
|
|
Memerhati sebagai rakyat Malaysia, saya sering berharap akan ada stabiliti yang baik bagi negara jiran, Thailand.
Rampasan kuasa tentera September 2006, walaupun bertujuan mengelakkan rasuah dalam kerajaan pimpinan Thaksin Shinawat daripada berterusan, namun membawa impak yang "kurang baik" kepada amalan demokrasi negara Gajah Putih itu.
Dan sebagai pemerhati (yang tidaklah terlalu mendalami perjalanan politik di seberang sana), saya mengharapkan pemimpin muda, Abhisit Vejjajiva dari parti Demokrat akan menerajui kerajaan baru Thai.
Namun, dunia sudah maklum, beliau tewas kepada "jelmaan Thaksin" yang baru (tetapi lebih tua dari Thaksin) - Samak Sundaravej dari Parti Kuasa Rakyat - PPP.
Keputusan yang pasti membuat junta rampasan kuasa kendalian Sonthi Boonyaratglin, kurang senang kerana apa yang mereka usahakan selama ini, tidak membawa impak - malah rakyat seperti masih simpati kepada perjuangan Thaksin dengan mengundi Samak.
Samak menubuhkan parti baru PPP "People Power Party" setelah partinya "Thai Rak Thai" - dimana Thaksin adalah Pengerusinya - di haramkan.
Ia menyaksikan Thaksin menjadi orang buangan dan tidak pernah pulang ke tanahair, sejak penyingkirannya dari jawatan orang nombor satu pentadbiran Siam.
Parti PPP menang 242 kerusi dari 480 kerusi seluruh negara, majoritinya di kubu-kubu kuat Thaksin di utara Thai.
Manakala di Bangkok sendiri, parti Abhisit menyapu "hampir" bersih metropolitan terbabit selain menyaksikan sokongan padu masyarakat Selatan Thai kepadanya.
Dan sebagai pemerhati bukan dari kalangan rakyat Thai, menjadi harapan kita agar kesuburan demokrasi di negara itu berjaya dipulihkan sepenuhnya melalui pembentukan kerajaan baru samada di bawah pimpinan Samak atau sesiapa pun.
Kerana kita sering percaya, kebahagiaan dan kejayaan sesiapa pun di sekeliling kita, pasti akan membawa sedikit impak positif kepada kita.
Izwan Azir Saleh, TV3.
Abhisit Vejjajiva - Parti Demokrat
The New-Most Probably Prime Minister - Samak Sundaravej
Raja Bhumiphol Adulyadej, Ratu Sirikit dan Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn yang mengharapkan kesan positif pasca Pilihanraya semalam.
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Dec-2007 18:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam AidilAdha 1428 Hijrah
|
 |
|
The most sacred vicinity on Earth.
|
|
 |
|
Gerbang masuk ke Kota Makkah
|
|
 |
|
Pancur emas dalam kawasan Hijir Ismail
|
| | View all 7 photos... |
|
Peluang menjejakkan kaki di tanah kelahiran Nabi kita, suatu mimpi yang menjadi kenyataan.
Apatah lagi kehadiran kita seolah-olah menjadi tetamu Allah, diundang Pencipta agar kita lebih dekat pada-Nya.
Itulah yang saya rasakan bila berada di Tanah Haram Makkah Al-Mukarramah, April lalu, mengerjakan ibadah Umrah pertama kali dalam hidup saya.
2 minggu yang penuh dengan ketenangan, rasa rendah diri, kecil dan kerdil - malah banyak dosa yang di bawa, membuat diri rasa kotor dihadapanNya.
Sempena AidilAdha ini, saya kongsi bersama beberapa keping gambar yang saya ambil, sepanjang ibadah itu.
Mudah-mudahan di kurnakan kekuatan, umur panjang dan rezeki untuk menunaikan Haji, melengkapkan Rukun Islam kita.
"Dan dari mana saja kamu keluar, maka palingkanlah wajahmu ke arah masjidilharam. Dan di mana saja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya..." (al-Baqarah:150)
Salam AidilAdha, ikhlas dari saya dan keluarga.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Dec-2007 14:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kamilah anak2 Tofie!
|
 |
|
Saya Cumi. Umur saya baru 3 bulan
|
|
 |
|
Hello adik2, nama saya Milo, walaupun warna saya mcm teh tarik!
|
|
 |
|
Hi, saya Si Ciki bin Tofie
|
| | View all 4 photos... |
|
Hello semua..
Kami nakal tp manja, suka berlari ke hulu hilir..
Selain menyepahkan rumah papa...kami juga suka memecahkan pasu bunga!
Tapi, selepas kematian ibu kami, Tofie, papa lah yang memanjakan kami..
Kepada semua yang mengenali papa, Selamat Hari Raya Haji dari kami, anak2 Tofie
|
|
|
|