|
|
| Tuesday, 8-Apr-2008 00:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Istana Melaka
|
|
Aku suka sejarah.
Masa SPM pun Sejarah kalau tak silap aku la, dapat C3 ke A2 ntah, lupa..
So, aku tak berapa fokus sgt 'menembak' masa masuk Istana Melaka ni
Sebab aku nak baca fakta2 sejarah Melaka yang masyur dengan kepahlawanan Melayu
And baru la aku tau, rupanya Tun Perak, Bendahara terkenal Melaka tu, asalnya orang Kelang
aku suka betul aksi patung ni, best gile, macam real, jebat&tuah bertarung atas dulang mengelak dari org melaka cucuk tombak dari bawah lantai istana..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 7-Apr-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ronda Melaka
|
|
Habis Jomheboh (dan ketika Jomheboh masih berlangsung ), aku pusing2 Bandar Hilir Melaka.
Menembak.
Hairuddin (MHI) dgn Michelle (Melodi) ikut aku - ade-ade je cite depa berdua ni sepanjang perjalanan,
tot tet tot tet tak henti2 bercerita (but of course menghiburkan aku).
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Apr-2008 13:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Karnival Jomheboh tahun ke-6 bermula!
|
|
Sebagai satu-satunya wakil bilik berita dan ehwal semasa (NCA) TV3 ke karnival ini, mulanya ada rasa bosan juga.
Tapi itu bukan yang aku alaminya tak lama selepas aku sampai sana..
Semua staff jabatan lain, semuanya memberi kerjasama sangat baik pada aku..
walaupun bersendirian, aku tak rasa di pinggirkan, malah seronok bekerjasama bersama semua krew yang lain..
Next time, aku rasa aku dah dapat biasakan diri, berkelana bersendirian dan ditemani rakan2 TV3 dari jabatan yang lain..
See u guys kat location seterusnya!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Mar-2008 01:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Letih (dan ngantuk)
|
|
Selain si Cikie, aku rasa "papa" dia ni pun letih sama..
Esok2, atas pasport aku ni, aku rasa akan ada cop Singapore lagi la ni...
Tak caya? Tgk la sehari dua ni..confirm ada. Sebab aku letih kat KL ni, sama cam Cikie
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 25-Mar-2008 19:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
WHO AM I?
|
|
26 Mac 2008
0315
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-Mar-2008 11:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Malaysian has spoken - no 2/3 majority in GE 2008 for BN.
|
|
Pilihanraya ke 12 2008 membawa angin perubahan baru.
Barisan Nasional, BN gagal membentuk majoriti 2/3, pertama kali dalam sejarah.
Bagi kami yang membuat liputan secara langsung sehingga awal pagi, suasana meriah yang di harapkan tidak berlaku. Di kubu kuat BN, PWTC - suasananya lengang.
Rakyat telah bersuara, mereka mahu angin perubahan ini membawa kepada kebaikan untuk mereka. Kerajaan baru BN, yang menang kecil kali ini, perlu membuka mata dan minda, turun ke akar umbi dan membuat analisa menyeluruh.
Jika ini gagal di lakukan, tidak mustahil, tsunami politik 8 Mac 2008 boleh berulang pada PRU ke 13 nanti.
Sedikit bingkisan dari Bilik Berita TV3 pada 8 Mac lalu
Laman web ini tidak akan bertoleransi dengan sebarang komen berbaur politik, kecuali jika ia di sampaikan dengan cara hormat dan tidak menyebelahi mana-mana parti.
Mesej yang melanggar ketetapan ini, akan terus di padamkan. Terima Kasih.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 1-Mar-2008 18:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Calling for Sifu / Cikgu / Mahaguru Fotografi!
|
|
Arini aku off, rehat sehari dari dengar kempen2 BN & BA (letihhh!)
Jadi ptg tadi aku pi la jalan2 amek angin kat Tasik Shah Alam, bawak D40X aku skali
Ada la dalam 20 keping aku tembak...tapi yang satu ni je aku sanggup kongsi..
yang lain...hancuq!
Waaa, pas election ni rasanya aku nak berguru la dgn mana2 pro..
Lagipun next month aku ingat nak sambar speedlight and lense baru.
Ajarlah aku wahai mereka yang pandai2, aku belanja makan k...
Aku ni kira kronik gak ni, semuanya out
Rasanya bila tgk org lainnye FP, malu je FP aku ni, super duper amatur!
Rasa nak sorokkan je
Abg ron ni bila la nak balik dari Glasgow? Boleh la aku dok berguru dgn dia..
Anyway, teruskan berkempen...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 24-Feb-2008 15:36 |
Email | Share | | Bookmark |
|
The Road to Parliament 2008 - Malaysia's Vote!
|
|
Kepada semua yang berumur 18 tahun ke atas dan mendaftar dengan SPR, ayuh tunaikan tanggungjawap kita untuk menentukan masa depan negara, 8 Mac ini.
Pilih dengan bijak, rasional dan atas maksud untuk kepentingan rakyat secara keseluruhan.
Dan pada pengunjung FP ini, saya mungkin akan "berehat" seketika dari aktiviti "tembakan" Aktiviti ini akan bersambung selepas 8 Mac nanti.
Komitmen dan masa harus saya dedikasikan secara serius ke liputan Pilihanraya Umum 2008 ini.
Yang terbaik hanya untuk penonton kami
p/s: Laman FP saya tidak akan menerima dan bertoleransi dengan mana-mana komen dari pengunjung yang cenderung kepada mana-mana parti.
Apatah lagi komen yang mengutuk, menghina, mengaibkan atau mengejek mana-mana parti.
Tunjukkan sikap matang rakyat Malaysia dalam berpolitik.
Mesej atau komen yang diterima berkaitan parti-parti politik, akan terus di padamkan
Kerana...
UNDI ADALAH RAHSIA!
Bukan untuk paparan umum.
Selamat Mengundi dan enjoy kempen yang berjalan 5 tahun sekali ini!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Aizan Azarina - Faizal
|
|
Another of my cousin get married, alhamdulillah.
Dalam majlis sederhana tapi cukup bermakna di rumah pengantin perempuan di Nilai, Negeri Sembilan.
Kalau majlis Lia - Fitri di Penang dulu aku jadi penanggah, now aku jadi unofficial photographer
Tapi takde tauliah la, suka2 je
Ni first time aku amek pic orang kawin pakai d40x aku.
To Ina and Faizal - semoga bahagia ke anak cucu k! Dapat banyak2 anak sedara untuk aku
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 7-Feb-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tahun Baru Cina
|
|
Tiba-tiba, rumah aku berada dalam zon "peperangan"
Dum Dam Dum Dam bunyinya..
Dari pukul 10pm sampailah 1am.
Mendengar letupan2 ni, apalagi, dengan tiada persediaan, aku pun keluar rumah..and shoot.
Hehe, takde pengalaman, and x pakai tripod, ini la hasilnya
"Bintang" di malam Tahun Tikus
Bila dia meletup, ada yang melatah la dek kerana terkejut. Booom!
Aku rasa rakyat kita bertoleransi, takpelah. Hormat setiap kebudayaan and adat resam bangsa lain
Kepada rakan2 Tionghua, Gong Xi Fa Chai, Sin Nin Kuai Le Angpau tadak ka?
|
|
|
|