Want your
own Fotopage?






 
Izwan Azir Saleh's FotoPage

By: Izwan Azir Saleh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 27-May-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Persandingan Noin



Majlis sederhana tetapi meriah ini di jalankan pada 17 Mei 2008
Syukur alhamdulillah, semuanya berjalan seperti yang telah di rencanakan..

Kepada semua tetamu yang hadir, bagi pihak keluarga, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi memeriahkan majlis ini, dan simbol restu serta doa buat kedua-dua mempelai agar bahagia melayari bahtera rumahtangga..

Aku macam biasalah..MC tak bergaji haritu, pasangan aku, sedara aku Aizan Azarina (yang kini dah berbadan dua)...

Tak banyak gambar dapat aku dan along aku amek, sebab aku jadi MC and seperti biasa, senyum sana ni..

"Eh makcik,,,apa khabar? Lama tak jumpa kita kan, sihat? Cantik baju...beli mana?"
"Paklong, laa, lama kita tak jumpa kan? Last hari raya tahun bila entah kan? Sihat ke? Maklong mana?"
"Jemput pakcik, jemput makan, bismillah. Saya? Dah, awal2 tadi lagi saya dah makan. Makan ye pakcik, tambah lagi, Tambah la, jangan malu2"

Itu la antara skrip aku meja ke meja...hehehe..





Anak sedara sepupu aku. Haris ni belum "disertai" adiknya lagi si Hanif. Kalau dua-dua "serang" aku, pengsanlah pak ngah wan depa ni....

ps: pics - credit to along (Mohd Farul Azri)

saya perhati awak senyum dalam kesedihan.. saya faham.. Takziah. Al-Fatihah Wed 11-Jun-2008 02:07
Posted by:saya suka awak
Meriah gak majlis kat hotel nie..erk.. Wed 11-Jun-2008 02:27
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
alfatihah....salah la pakngah wan...nama anak aku tu AYIS & ANEEF la.. Tue 17-Jun-2008 07:25
Posted by:mak INA
View all 5 comments Add comment


Friday, 23-May-2008 15:39 Email | Share | | Bookmark
Pulau Batu Puteh milik Singapura

Mungkin ini kali terakhir kita dapat menggunakan istilah "Pulau Batu Puteh".

Mahkamah Keadilan Antarabangsa di Den Haag, Belanda memberikan kedaulatan pulau kecil yang di tuntut Malaysia dan Singapura, kepada republik di hujung tambak Johor itu.

Singapura memanggil pulau ini dengan panggilan "Pedra Branca".

Ketika minum2 di salah satu kelab Jazz di Beach Road, Singapura bulan lalu, rakan saya dari Mediacorp, Saiful memberi pandangannya sebagai rakyat Singapura.

"Ada elok juga jika kami memenangi tuntutan ini, tetapi ego Singapore pasti akan lebih tinggi selepas itu"

"Bukan je dengan Malaysia, malah dengan rakyat sendiri pun dia akan meninggi diri - "see, we can defeat Malaysia la, we can stop their claim on our sovereignity"

"They cannot bully us - we have prove it to them - that island belong to us"

Pada saya, pemikiran begini adalah lumrah bagi negara kecil. Singapura pasti mahu kelihatan hebat di kalangan rakyatnya, malah kepada kita di Malaysia.

Adakalanya negara kita juga mahu kelihatan hebat kepada negara yang lebih besar, contohnya Indonesia - itu lumrah dunia, yang kecil cuba menunjukkan kehebatannya untuk menutup kekurangan yang ada.

Apapun, tahniah kepada kedua-dua negara kerana berjaya mengakhiri perebutan 30 tahun pada sebuah pulau sekangkang kera itu, atas dasar "kedaulatan" dengan penuh semangat diplomasi.

Walaupun ia cuma sekangkang kera, namun dalam konsep kenegaraan - seinci tanah pun tidak boleh di lepaskan ke pihak asing.

Namun ICJ telah membuat keputusan yang tidak boleh di rayu lagi, Pedra Branca milik Republik Singapura.

Ia akan kekal di kenali sebagai Pedra Branca selepas ini dan nama Pulau Batu Puteh hanya akan tercatit dalam buku teks Sejarah di Malaysia.

Kita diberi kedaulatan pada Terumbu Karang Tengah (Middle Rocks) manakala Terumbu Karang Selantin (South Ledge) akan di tentukan pemiliknya berdasarkan di perairan siapa ia kini berada.

Keputusan menang-menang ini di harap akan merancakkan kembali hubungan dua saudara di rantau ini, Malaysia dan Singapura.

Apa juga kesukaran yang di lalui bersama, harus diingat, Singapura, selama-lamanya akan kekal berjiran dengan kita dan tidak mungkin di pisahkan jauh dari Malaysia.

Oleh itu, adalah penting untuk kita mengekalkan hubungan baik bersama, kerana kemakmuran mereka akan melimpah ruah untuk kebaikan rakyat kita di sini juga.

Hakikatnya, Singapura tidak boleh hidup tanpa jiran yang baik seperti Malaysia.

Tetapi Malaysia juga perlu lebih terbuka untuk menerima fakta, kemakmuran ekonomi republik itu, menyumbang kepada kemajuan yang pesat di negara kita terutamanya wilayah selatan Johor.

IZWAN AZIR SALEH, TV3


Kg Batu Puteh Kat Kulim pun ader... Wed 28-May-2008 06:50
Posted by:zai KuLiM zbintim@yahoo.com.my  - [Link]
Apa arrrrr..... ini tanah tarak patut kasi orang lain aaa.. Tue 3-Jun-2008 07:25
Posted by:Mat rempit
nak wat macam mana? bila di baca bukti yang dikemukakan oleh Singapura daripada Sultan Johor memang sah Pualau Batu Putih ni milik Singapura. Kalau tidak tak mungkin diorang boleh menang.

Alamat makin besar la sepadan Singapura nie.
Sat 12-Jul-2008 02:44
Posted by:adi
View all 8 comments Add comment


Monday, 19-May-2008 18:51 Email | Share | | Bookmark
Tun Mahathir tinggalkan UMNO

Hari ini Wesak day and Buletin Utama bersiaran pertama kali dengan set baru 2008.
Aku baca BU dengan Norliza malam ni...

Itu semua tak menarik perhatian...yang membuatkan Malaysia gempar hari ini ialah dengan pengumuman mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamed, keluar dari parti yang di pimpinnya untuk hampir 23 tahun.



Tun pasti tekad dan sudah begitu "fed-up" dengan kepimpinan parti hari ini sehingga melontarkan pelbagai kata yang pastinya "menikam" pihak yang "ditikam".

Ada pro dan kontra pada tindakan Tun ini:

Kelebihannya, tindakan Tun mewakili suara ramai yang telah memberi isyarat jelas pada PRU 12 lalu - ada sesuatu yang perlu di lakukan pada pentadbiran di Putrajaya. Tun tidak bersendirian, ramai yang bersependapat dengan Tun, jadi ia mengukuhkan populariti Tun.

Kekurangannya, orang Melayu yang seperti "terpinga-pinga" kini yang telah berpecah kepada kelompok haluan kerajaan dan pembangkang, akan bertambah celaru.

Kata pepatah " Gajah bergaduh, pelanduk mati di tengah"
Kepimpinan kita bercakaran, apa yang nak jadi pada kita di peringkat bawahan ni?

Selaku rakyat yang memerhati gerak-geri perjalanan Malaysia, saya mahu semua ini di akhiri dengan penuh diplomasi.

Ada eloknya Tun memperlahankan sedikit nadanya, tetapi Perdana Menteri juga perlu menghalusi apa yang di katakan Tun - yang di sokong begitu ramai pihak dan individual di negara ini.

Di pihak rakyat, saya menyeru supaya semua bertenang, tetapi tetap memerhati secara konsisten apa yang akan terjadi selanjutnya..

Tidak ada faedahnya masing-masing menyalahkan satu sama lain (seperti jelas berlaku dalam UMNO kini), dan kita juga yang akhirnya rugi.

Ingatlah, ada pihak lain yang sudah lama meneropong kepincangan ini, dan bertepuk tangan - serta merangka strategi dan taktik untuk menangguk di air keruh.

Jangan biarkan nasi yang ada sejemput kini, menjadi bubur.

Pic ni diambil masa aku cover assignment Tun merasmikan cafe rotinya "The Loaf" di the Pavillion, KL tak lama dulu. Sedap-sedap roti di situ, empuk..


Quote:
"Sekarang semua benda harga naik, tepung naik, minyak naik, saya nak meniaga roti pun susah" - Tun Mahathir Mohamed ketika merasmikan cafe The Loaf miliknya, di sambut gelak tawa orang ramai.
Bekas Perdana Menteri kita jual roti? Thats funny

tak, takde langsung. dua-dua tok lelaki belah mak and abah asal pattani. Jadi saya orang Siam! Fri 6-Jun-2008 10:29
Posted by:izwanazir izwan@tv3.com.my
nak sgt jadi orang siam heh..tau la kat orang siam comel2 Tue 10-Jun-2008 07:08
Posted by:unnamed
ermmmm,
mcm melissa saila pon ade....
Sat 9-Aug-2008 02:08
Posted by:norainisabies norainisabies@yahoo.com
View all 9 comments Add comment


Friday, 16-May-2008 17:11 Email | Share | | Bookmark
Majlis Pernikahan adik aku, Noin

 
 
 
View all 5 photos...
Alhamdulillah, apa yang di rancangkan berjalan baik
16 May - adik aku Noin (atau nama sebenarnya Nurazreen), akhirnya bergelar isteri buat pasangan pilihan hatinya Heri (Zulkhairi Mahmud).

Dalam majlis penuh sederhana, tp meriah, Imam Masjid Tengku Ampuan Rahimiah, menjadi wali hakim kepada upacara akad nikah petang tu.

Kepada kedua-dua adinda, tahniah!

Selamat melayari bahtera rumahtangga dengan penuh bahagia, melaksanakan tanggungjawap masing-masing dengan sempurna.

Yang paling penting, angah nak anak sedara cepat2!

Pictures sekitar majlis persandingan, menyusul tak lama lagi.

P/S: Izwan Azir Saleh belum ada cadangan mendirikan rumahtangga pada masa terdekat ini, diharap ia telah menjawap soalan mana-mana pihak yang ingin bertanya soalan itu dalam ruangan ini, terima kasih













Ha...cuba teka....jgn pikir yang bukan-bukan
tau!!!!!!!!!!!!!

1) Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk

2) Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai

3) Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais

4) Kenapa anjing kencing angkat sebelah kaki

5) Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik

6) Apa binatang, badan kecik macam semut tapi mata besar "bulb" mentol

7) Mana lagi tua, motorsikal ke kereta?

Kangkang peluk, kangkag peluk, bila dah dekat climax pegang buah

9) Ahmad bin Abu, kambing bin apa?

10) Bagaimana nak bezakan ikan betina ngan ikan jantan?


Thu 29-May-2008 09:54
Posted by:Teka-teki hadiah pengantin baru
Adik kamu cantik...bro ada adik perempuan lg tak?? Tue 3-Jun-2008 07:30
Posted by:Mat rempit
bukan x percaya..tp terkezut jer..hehehe....kak zuri???hurm...bg my senior lepas dululah,..
insyallah nnti klau kak zuri ada jumpa safwan akak smpikan salam...
dia bakal jd ayah ogos nie...
Fri 13-Jun-2008 02:07
Posted by:zurifahida zurifahida@yahoo.com
View all 16 comments Add comment


Thursday, 15-May-2008 16:26 Email | Share | | Bookmark
Tahniah UIA!

Sedar tak sedar dah 4 tahun aku tinggalkan bumi UIA, satu ruangan yang meninggalkan 1001 kenangan utk aku sepanjang bergelar "mahasiswa".

Berita ni memang menggembirakan aku, kerana aku sering percaya UIA antara yang terbaik, kombinasi hebat cerdik-pandai tempatan dan antarabangsa, dan kombinasi baik dunia dan akhirat.

Quote:
Universiti terbaik: UM, UIA, UTM

Oleh: Abdul Rahim Sabri | May 16, 08 6:47pm

Tiga universiti awam mendapat pengiktirafan sebagai universiti terbaik dalam kelas masing-masing daripada 17 institusi pengajian tinggi (IPT) yang dikaji taraf kualitinya.
Universiti Malaya mendahului dalam kategori universiti penyelidikan, Universiti Islam Antarabangsa mendapat tempat teratas (universiti umum) dan Universiti Teknologi Malaysia tempat pertama (universiti khusus).
Berdasarkan markah keseluruhan enam bidang yang dikaji, Universiti Malaya memperolehi 5 mata atau "cemerlang", Universiti Islam Antarabangsa mendapat 4 mata (sangat baik) dan Universiti Teknologi Malaysia (3 atau baik).
Keputusan ini, yang pertama kali diumumkan, hasil penilaian Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Awam (Setara) selama dua tahun yang diselia oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)


Masjid Sultan Ahmad Shah di tengah2 Universiti, semua fakulti mengelilingi masjid ni, bila aku ngantuk, kadang2 masuk tido dalam masjid ni la

UIA - Taman Ilmu dan Budi

aku tak belajar tinggi...tak dak duit aaa masuk ipta ...sbb tu aku merempit lepas merempat..hahah Tue 3-Jun-2008 07:32
Posted by:Mat rempit
Izwan.. meh laa sesekali jengok HS.. Tpt ni tak banyak berubah Wed 6-Aug-2008 03:34
Posted by:kak diba  - [Link]
Hidup UIA!, hidup HS ! Hidup Izwan! Sun 25-Jan-2009 13:59
Posted by:Yusman  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Thursday, 8-May-2008 15:32 Email | Share | | Bookmark
Jomheboh Perlis

Cuaca kat site (Kompleks Sukan Negeri, Kangar), panassss, Ya Allah...
Berdebu, berpeluh, jadi aku malas nak amek gambar..
So aku sertakan la pic2 lain, semasa dan selepas Jomheboh, di luar dari site. Actually Jumaat malam tu, Tuanku Raja Muda Perlis telah berkenan menerima mengadap kami kat Istana Arau, and dia ajak main bola..
Kali terakhir aku sepak bola rasanya.....errmmm, 3 tahun sudah kot!


Ampun Tuanku, patik pinjam lambang ni ye Tuanku, patik amek dari dalam Galeri Diraja Istana Arau..


Tuanku Raja Muda Perlis sedang menitahkan sesuatu kepada semua player di New Trafford Arau ni Walaupun dari kerabat diRaja, Tuanku Syed Faizuddin Tuanku Syed Sirajuddin tidak begitu terikat dengan protokol Istana, and a very nice gentlemen.


Team B, yang menjadi Johan dalam pertandingan malam tu. Pasukan kami campur2, team mediaprima dengan team istana, otai2 Perlis semuanya...but they're so humble, down to earth...aku tak sangka team aku jadi Johan, hmm, bleh tahan gak kan? Hehehe..


Yang ni, aku kena sidai bawah terik matahari untuk lintas langsung Buletin 1.30. Boss producer aku Siti Hatija n abang aku yang monitor dalam tempat aircond je di pertanggungjawapkan sepenuhnya bagi penderaan ini, hehehe


Sebelum aku balik ke KL Isnin tu, Khairi (atau nama manja Heri ) telah berkenan membawa aku melawat Taman Ular! (Aku tau kau dah mati akal nak bawa aku kemana lagi kan?) Takpelah Ri, nanti kau datang KL, aku ajak kau lawat Zoo plak heh!


Si Heri yang syok kat seseorang kat TV3 ni...heri heri...bertaubatlah nak..

Next location - KL (aku cuti, yea yea )

Quote:
Photo di New Trafford and Live Crossover tu credit to abg Mahzir Mat Isa - our photographer kat TV3. Thanks abg Mahzir!

bro...give me 5...so..kite kwn Tue 3-Jun-2008 07:35
Posted by:Mat rempit
rindu la kat awak Wed 4-Jun-2008 04:22
Posted by:unnamed
dah lama x nampak sayang.. Fri 6-Jun-2008 02:29
Posted by:unnamed
View all 33 comments Add comment


Tuesday, 6-May-2008 15:35 Email | Share | | Bookmark
Edisi Untuk Negara

Hehehe, tiba2 "terpatriotik" plak..
Mungkin sebab aku baru balik tgk sawah padi kot, tetiba aku rasa Malaysia ni "special".
Jarang benar aku ada rasa camni, selalunya sesak nafas je pikir hal keje kat Malaysia ni
Pic2 ni semua dari utara, special dedicated to my homeland, Malaysia!


Penang Island from AK6317 - 7.55AM


Langkawi Island from Brasmana Hotel, Kuala Perlis - 7.15pm


Paddy field with Thai's Border as background, somewhere in Perlis


Ladang Tebu sejauh mata memandang di Chuping, Perlis

Quote:
Malaysia memang banyak tempat cantik. Pics padi dan tebu, credit to Mohd Khairi Johari of Universiti Malaysia Perlis for the sight-seeing.



saya sayang awak Thu 15-May-2008 08:29
Posted by:saya sayang awak
cantik paddy field kat perlis tuh ngan ladang tebu..
put in some emotion in your pic will make it alive...
Wed 28-May-2008 10:23
Posted by:-->b@-|-*!^-w-$<--
aku dah tgk pic ni..nice...
dat good angle laa ko amik pic nii..
samer la minat amik pic nii..feel free visit my photopages at musafil hapiz fotopages
tapi tak byk sgt...yg bnyk dlm frenster..my email musafil_130@yahoo.com
Sun 5-Oct-2008 06:41
Posted by:mupaz musafil_130@yahoo.com
View all 14 comments Add comment


Tuesday, 29-Apr-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Suara Rakyat bergema kembali..

Pasca 8 Mac, semua menantikan apa yang akan berlaku..
Dan pastinya rakyat mahu melihat, wakil pilihan mereka menzahirkan kehendak akar umbi.
Dewan Rakyat akan menjadi manifestasi kepada wakil-wakil pilihan kita bagi tempoh 5 tahun akan datang.
Bolehkah mereka berbakti kepada rakyat yang memilih mereka?
Ataukah, merekalah yang paling sukar untuk kita temui selepas ini?










To catch a glimpse of DSAI after 10 years tak nampak dia secara nyata is one new experience for me. Well, lets put politics aside, he's so gentle bila aku tanya dia few question..


Wakil Rakyat Parlimen Sri Pentas dari parti Dulang Bulan Mata Roket, hehe (undi adalah rahsia)

Quote:
hmm, its not easy to snap even a photo, dalam masa yang sama nak kena fokus pada perbahasan. i think that's the biggest challenge that i've to face now in this arena. but, take it slowly, and pandai "curi masa" agaknya boleh kot, kan?





cayang izwan Wed 14-May-2008 01:22
Posted by:unnamed
saya cinta awak.. Wed 14-May-2008 09:16
Posted by:i love u
tembannya pipi dia ..rasa nak cubit2 la.. Fri 16-May-2008 03:45
Posted by:unnamed
View all 11 comments Add comment


Thursday, 17-Apr-2008 01:36 Email | Share | | Bookmark
Singapura lagi..

 
 
 
View all 7 photos...
Sorry lambat update...line internet kat rumah aku tetiba "hilang" - report kat TMNET dia kata ada kabel "kena curi"
So, kepada kawan2 semua, ini la sikit2 dari pic aku, yasir, fedtri and halim di seberang tambak, jalan2 cari makan, cari baju, cari kasut, cari buku, cari CD, cari tempat best nak lepak and last sekali......hahaha, cari Second Link nak balik Johor takde cari lain heh!








hey...abg izwan nie..SAYA PUNYA TAU!!! SILA JGN GANGGU DIE....OK? Tue 4-Aug-2009 04:33
Posted by:srylurve srylurve86@yahoo.com
hey...abg izwan nie..SAYA PUNYA TAU!!! SILA JGN GANGGU DIE....OK? Tue 4-Aug-2009 04:33
Posted by:srylurve srylurve86@yahoo.com
hey...abg izwan nie..SAYA PUNYA TAU!!! SILA JGN GANGGU DIE....OK? Tue 4-Aug-2009 04:34
Posted by:srylurve srylurve86@yahoo.com
View all 31 comments Add comment


Sunday, 13-Apr-2008 17:55 Email | Share | | Bookmark
Majulah Singapura!

Sekali lagi (untuk kali yang ke berapa entah), aku sampai Singapura lagi.
3 hari 3 malam di republik itu, aku je la yang drive - Yasir, Halim and Fedtri bergilir jadi bos duduk kat belakang je..
Letih.. (but enjoy!)
Coming so soon, aku akan letak pic trip ni dgn kawan2 ke Singapura!
Now nak tido..


abg izwan nak pergi mne close account fs..abg izwan nak tawin 1 mei ni ek?? Tue 29-Apr-2008 02:38
Posted by:shasha
cak...cak.. Fri 16-May-2008 08:12
Posted by:;)
saya suka la tgk awak Thu 22-May-2008 04:27
Posted by:unnamed
View all 16 comments Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.