Want your
own Fotopage?






 
Izwan Azir Saleh's FotoPage

By: Izwan Azir Saleh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Monday, 1-Sep-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Salam Ramadan 1429 H / 2008 M



Menginsafi bahawa diri ini penuh dengan kelalaian melaksanakan tanggungjawap pada Tuhannya, saya sering berazam untuk menjadikan kehadiran Ramadan sebagai titik-tolak memperbaiki kekurangan diri.

'Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar'
(Al-Quran 2:155)


Dengan segala kerendahan hati, untuk semua Muslimin dan Muslimat - Salam Ramadan Al-Mubarak 1429 Hijriah.

Mohon Maaf andai saja ada yang pernah tersinggung perasaan, atau terlebih dan terkurang dalam perbicaraan.

Berbahagialah mereka yang mencari keampunan dan keredhaan Tuhannya, dan rugilah mereka yang mensia-siakan bulan penuh berkat ini.


amin Sat 6-Sep-2008 15:37
Posted by:Big Gulp  - [Link]
selamat meneruskan ibadat puasa.....semoga mendapat keberkatan di bulan yg mulia ini.... Tue 9-Sep-2008 00:53
Posted by:ed  - [Link]
salam ramadhan...
aisey...lame tak dengo cite...
senyap j plak tu..nak dengar ckp kat tv j la..hehehehe
Tue 9-Sep-2008 12:02
Posted by:fozan NS  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Friday, 29-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Perkahwinan Datin Norazlina Redzuan dan Datuk Yusof

Kak Alin akhirnya mendirikan rumahtangga.
Pasangan yang menjadi pilihan hatinya - Datuk Yusof dari TM International.
Majlis yang meriah dan gemilang itu berlangsung di Grand Ballroom, Hotel Shangrila KL.


*kualiti gambar kurang memuaskan

Actually ramai dari kami di Bilik Berita agak lewat tiba ke majlis ini. Petang tadi, PM mengumumkan Bajet 2009 di Parlimen, jadi kalau dah event-event nasional ni, staff Bilik Berita lah yang paling sibuk sekali.

Aku happy dapat ke majlis ni. Aku happy sebab Kak Alin akhirnya berkahwin dengan pilihan hatinya.
Teringat ketika kami sama2 menunaikan umrah lebih setahun lalu..aku dapat kenal dengan lebih erat kak Alin di sana.

Tapi aku happy juga dapat bertemu kembali dgn 'sifu' aku - Azmi Aziz



Orang inilah yang bertanggungjawap bawa aku ke TV3, polish aku dari no one to who I am today.
Cara Azmi conducted training, ketegasan dia antara yang aku tak boleh lupa la.
Kadang-kadang sampai takut dah nak ke ofis untuk training lagi..
But aku rasa, ketegasan dia dulu la yang jadikan siapa aku hari ini.
And Azmi tetap Azmi, dia tetap macam the last time we met 2005 sebelum dia berhenti dari TV3.

And dalam majlis2 begini juga la aku dapat duduk dgn bos-bos aku dalam suasana santai, sambil menikmati hidangan makanan no pressure.




kak alin kawin 08/08/08...izwan plak nak tunggu tarikh 09/09/09 ke 10/10/10... Thu 4-Sep-2008 07:49
Posted by:unnamed
hi hensem...how r u now?? jarang kluar tv skrg?? Thu 16-Oct-2008 07:44
Posted by:unnamed
1000 !!! 1000 !!! 1000 !!! Ape yang seribu..??
Jangan lepaskan promosi DURIAN RUNTUH ini!
Jika ada sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi kami di admindkc@gmail.com
atau 0162149995 ataupun berinteraksi dengan saya di YM. YM id saya adalah nuownz.
Kami akan membantu anda.
Jgn lepaskan peluang anda...kunjungila beramai2 di http://www.duriankahwin.com/
Fri 29-May-2009 06:09
Posted by:Duriankahwin.com admindkc@gmail.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Friday, 8-Aug-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Sessi release tension

Kerjaya kewartawanan memang mencabar - minda dan fizikal.
Adakalanya ia begitu menekan, sehingga pemain dalam industri ini kena pandai "mencuri masa" untuk menghilangkan tekanan.

8 Ogos, aku, Halim, Yasir, Wawa and Puspa serta Nizam dari NTV7 dan Sam dari Berita Harian Putrajaya, telah menghabiskan masa di The Red Box the Curve untuk satu sessi karaoke - untuk aku yang tak reti menyanyi ni, sessi untuk gelak2 and makan kacang!
Sessi ini telah 'di belanja' oleh saudara Izad Raya, Pegawai Khas Perhubungan untuk Perdana Menteri.

Thanks Izad, next time kita hang out lagi - i would like to suggest a bowling session plak. Bowling aku boleh la gak nak layan compare tu nyanyi2 ni..




Izad yang menghayati nyanyian Nizam


Mcm mana suara mamat ni boleh best banget ni...cissh, tak sangka plak Izad terer nyanyi.


sori ye nyebok...
abg izad ni mmg femes mase kt UiTM dulu....
pendek kate die ni mmg sentiase sibuk...kt mane2 mesti nmpak muke die....
tp kitorg x penah kenal pong...
Fri 5-Sep-2008 00:01
Posted by:lyna
hai sayang... Thu 11-Sep-2008 08:45
Posted by:unnamed
sedapnye makan Thu 16-Oct-2008 07:39
Posted by:unnamed
View all 6 comments Add comment


Sunday, 27-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Lagi-lagi Singapura

 


Aku kalau nak beralih angin, dari kesibukan KL ni - mmg Singapura la yang aku tuju.
Selain faktor kekeluargaan, aku suka suasana republik tu.
Tertib, teratur, selamat and bebas...



===

I was there again last weekend and kali ini aku ada misi dengan rakan2 di MediaCorp
Radio Singapura Internasional (RSI), satu dari berbelas2 stesen radio MediaCorp ialah siaran radio dari Singapura untuk pendengar luar negara.
Aku antara pendengar awal RSI, sejak di tubuhkan pada 1994.
Dan 31 Julai ini, jam 10 malam, setelah lagu Majulah Singapura berkumandang, tiada lagi siaran RSI - pemerintah memutuskan untuk memberhentikan siaran ini

To all my beloved friends here, thank you so much for all those 14 lovely years
Selamat memulakan tugas baru di Warna 94.2, Ria 89.7 or TV Suria!

Friendship forever guys!

Sempatlah menyibuk2 dalam conty, nak try jadi DJ



Warna 94.2fm pun antara stesen radio Singapura yang aku dah layan sejak Tingkatan 2 lagi. Selain stesen ni, cite2 hantu kat Ria 89.7fm, and slow, sentimental tunes di
Class 95fm antara favourites aku.



p/s: Kepada saudara mara, rakan-rakan dan penonton TV3 di Singapura - Selamat Hari Kebangsaan ke 43, 9 Ogos ini!

hai....... awak suke cewek yang macam mane?? Wed 20-Aug-2008 09:00
Posted by:secret admire izwan
wah... try la jadi dj pulak.....heheheh Fri 22-Aug-2008 03:54
Posted by:meego  - [Link]
salam abg izwan..igt lg x,dulu abg pernah wat program ank angkat kt klntan?hrp2 x silap org ni..heee..i'm 1 of dat family.. bleh x nk contact abg..kalo blehlaaa.. wish u luck in everything... -mie Fri 23-Oct-2009 17:36
Posted by:mie paparazzi_mie@yahoo.com
View all 28 comments Add comment


Thursday, 24-Jul-2008 16:18 Email | Share | | Bookmark
Nilai Persahabatan (dan persaudaraan)

*Sesetengah imej atau ayat dalam artikel mungkin mengganggu anda.

Sebuah filem yang aku tonton semalam, aku kategorikan antara yang terbaik pernah aku tonton.

Yes, aku admit, aku mmg agak ketinggalan, tapi aku mmg tak pernah tgk lagi movie terbitan tahun 2006 ni - EIGHT BELOW - berasaskan kisah benar.

Kelapan-lapan ekor anjing yang di bawa Jerry dari Amerika ke Antartika bagi membantu ekspedisi saintis Dr. Davis, terpaksa ditinggalkan di sana, kerana penerbangan balik ke Amerika mereka yang melebihi muatan.

Kelapan-lapan ekor di tambat di luar cottage, dengan suhu -50'C, sesuatu yang lumrah di kutub Selatan.

Jerry, berjanji dalam kesedihan, walaubagaimana sekalipun dia akan datang semula ke Antartika untuk mengambil kelapan-lapan ekor anjing itu.

Anjing-anjing itu sangat setia, 175 hari lamanya sebelum Jerry datang mengambil semula anjing-anjing itu, kelapan-lapan ekor itu tidak pernah berpisah.

Sejuk, lapar, dahaga atau dalam bahaya, semuanya stick as one group, fight for the survival of each of them.



7 daripada 8 ekor berjaya melepaskan diri dari tambatan, namun seekor (Old Jack) gagal melepaskan diri, dan di tambatan itulah Old Jack mati kesejukan.

7 ekor anjing ni sentiasa bersama, memburu burung bersama dan apabila berjaya menangkap burung, ia di kongsi sama rata dan tidak bergaduh walaupun masing-masing sangat kelaparan dan hampir mati.

Seekor lagi anjing, mati kerana patah kaki, namun aksi anjing-anjing ini menunggu Dewey sehingga dia mati, sangat menyentuh perasaan.



Aku tertanya sehingga kini, adakalanya anjing, sangat menghargai saudaranya, tetapi ramai manusia tidak dapat bersikap begitu.

Ketika anjing taat dan setia kepada tuannya, seperti anjing-anjing ni yang di tinggalkan Jerry dan terpaksa mengharungi cuaca melampau tapi tetap tunggu di situ selama 175 hari untuk di ambil semula - kebanyakkan manusia tidak mampu taat dan setia sebegitu rupa.

Aku tertanya, mengapa?

Entah.



Seekor dari 8 anjing tu, Maya, yang menghulurkan tali kepada Dr. Davis yang terjatuh dalam kolam tersangat sejuk - hanya untuk kemudiannya di tinggalkan Dr. Davis yang pulang ke Amerika dan bergembira bersama anak isterinya, di sanjung rakyat seluruh negara hasil kajiannya di Antartika



Maya dan 7 lagi saudara anjingnya di Antartika bagaimanapun, setia menunggu untuk di ambil kembali.

Aku tertanya, jika anjing yang di ciptakan Tuhan, lebih rendah darjatnya dari manusia, tetapi sikap taat dan setia ini, adakalanya tak mampu di tandingi kita.

Kebanyakkan kita mungkin setia, tetapi bila kesetiaan itu tidak berbalas atau kesetiaan itu tidak di hargai pihak lain, kita mengalah dan pergi membawa diri.

Aku belajar dari filem ini.

Sikap taat dan setia, semangat menghargai persahabatan dan persaudaraan dengan sahabat, rakan2 dan kaum kerabat, rupa-rupanyanya satu sikap yang sangat di sanjung dalam dunia haiwan seperti anjing.



Sedih, bila kita manusia - banyak yang mementingkan diri, kepentingan peribadi dan cepat lupa apa yang di lakukan orang untuk kebaikan kita.

Syukur, aku sehingga kini ada keluarga, sahabat malah rakan-rakan yang setia bersama aku selama ini.

Aku mahu semangat kesetiaan, persaudaraan dan persahabatan aku kekal kuat kepada sahabat-sahabatku, kerabat aku malah rakan-rakan semua, sepertimana 8 ekor anjing kutub selatan dalam filem Eight Below ni.

Akhirnya Jerry datang semua selepas 175 hari, dan mengambil baki 6 ekor anjingnya yang terselamat dmenghadapi segala kesusahan dan cabaran 'hidup atau mati' di kutub itu.

Congratulations to Frank Marshall the Director, for this very inspiring movie!



Kalau u all belum tgk, cuma tgk trailer di atas ni, and then dapatkan DVD kat kedai. Kalau malas, tgk je kat Youtube pun ada, cuma puas tak puas je la soalnya. Enjoy! Jgn nangis sudah..

Tp story mmg touching...




to all above, thanks. hazryana, terima kasih atas wish anda. Wed 30-Jul-2008 19:01
Posted by:izwanazir izwan@tv3.com.my
saya suka awak.. Tue 12-Aug-2008 06:59
Posted by:unnamed
mmg best cerita nie... jenuh gak cari... akhirnya dpt gak tgk tayangan ulangan.
kalau rajin singgah la ke FP saya
Mon 15-Dec-2008 13:41
Posted by:fara faradilawati@upsi.edu.my  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Wednesday, 9-Jul-2008 08:03 Email | Share | | Bookmark
D8 lagi - Edisi gatal tangan


Stars of Kuala Lumpur..


KL@sunset - view from The Prime Minister's room


Classical style of Le Meridien Hotel, KL

sihaaaaat sayang, sayang pulak macam mana? makin gemuk ke? dah gedempol belum? Thu 24-Jul-2008 10:30
Posted by:unnamed
sayang pun makin sihat jugak ... hehe.. Fri 25-Jul-2008 01:37
Posted by:unnamed
alamak maen syang2 ni.....
btw bro...nice pic....
Sun 17-Aug-2008 02:53
Posted by:afisya  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Wednesday, 9-Jul-2008 07:14 Email | Share | | Bookmark
Sidang Kemuncak 8 Negara Membangun D8



4-8 Julai 2008, aku berkampung di Hotel Hilton - Le Meridien Kuala Lumpur.
Tiap2 hari dengar mesyuarat, dari peringkat pegawai, sampailah ke Ketua Negara.
Hasilnya, satu deklarasi yang di namakan Deklarasi Kuala Lumpur di keluarkan, rata-ratanya ia berkaitan pelan pembangunan 8 negara membangun untuk tempoh 15 tahun akan datang.
Negara2 itu termasuk Indonesia, Pakistan, Mesir, Turki, Bangladesh, Nigeria dan Iran


Selain mendengar mesyuarat, aku kena buat laporan langsung untuk penonton, apa hasil mesyuarat yang telah di capai...


Rakan setugas Kamarudin Mape pula bertanggungjawap bagi lintas langsung Buletin Utama.


Ni orang-orang kuat TV3 untuk Persidangan D8 - Azura Zainal Ratin and Shaharil Kadir.


Paklah and Presiden RI, Pak Susilo Bambang Yudhoyono dengan "bala-tenteranya" memasuki bilik persidangan. Kawalan ketat, tapi boleh tolerate lagi la.


Tapi 'bala-tentera' Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad ni memang tak boleh tolerate, dia main tolak je sape yang nak mendekati bosnya. Maklumlah, 'the most WANTED' person in the world, semua benda depa anggap merbahaya pada Presiden tu, termasuklah mikrofon yang aku pegang untuk tanya soalan pada dia..tapi jangan harap la boleh dekat..


Lepas dah umumkan deklarasi Kuala Lumpur, tiba-tiba PM panggil TV3, RTM and Bernama untuk naik ke bilik dia tingkat 33. "Ada nak komen sikit" - kata Setiausaha Akhbarnya..sebelum PM naik ke tingkat 33 tu, kami pun lepak2 la tgk view senja KL


Dibilik PM, lepas sidang akhbar khas. Rupanya PM nak ucapkan tahniah pada Melaka dan Penang kerana tersenarai sebagai Bandar Warisan Dunia oleh UNESCO. Kitorang pun apa lagi, aku dengan gatal mulutnya terus tanya "Datuk Seri, boleh kita bergambar?"
"Hah, mari dekat" - balas PM

Thanks to Wisma Putra for their co-operation sepanjang tempoh persidangan



eee...GEMUK DAN HODOHNYA AZURA ZAINAL RATIN TU...lengan dia jer dah macam lengan ahli sumo...eeeeiii Sun 23-Nov-2008 14:51
Posted by:sayanghati
aku selalu jugak tengok news tv3...news bagus tapi tengok muka azura zainal ratin tu....buat aku tak berselera...gemuk sangat takde personaliti..pastu tak reti nak senyum..dia ingat dia best sangat ke dah la GEMUK Sun 23-Nov-2008 14:54
Posted by:sayanghati
aku selalu jugak tengok news tv3...news bagus tapi tengok muka azura zainal ratin tu....buat aku tak berselera...gemuk sangat takde personaliti..pastu tak reti nak senyum..dia ingat dia best sangat ke dah la GEMUK Sun 23-Nov-2008 14:54
Posted by:sayanghati
View all 6 comments Add comment


Thursday, 3-Jul-2008 15:54 Email | Share | | Bookmark
24 Tahun TV3 - Terus mewarnai ruang udara Malaysia!

Diam tak diam, dah 24 tahun kami di TV3 menghiburkan penonton di negara ini.
Malah tak keterlaluan jugak kalau aku katakan, TV3 juga di minati di Singapura dan Brunei, malah di Indonesia juga, ramai yang menonton saluran ini di parabola mereka.
Kalau tak silap aku, satu ketika dahulu, TV3 pernah jadi saluran nombor dua paling di minati di Indonesia setelah RCTI (Rajawali Citra Televisi Indonesia)
===
Menutup sambutan sebulan ulangtahun ke 24 TV3 tempoh hari, Berita Harian telah "berkenan" untuk mengumpulkan personaliti2 TV3 untuk satu sessi temuramah dan bergambar.
Dari Newsroom, aku dan Azwaliza Azman di pilih menyertai sessi itu.
Dari Jabatan Majalah dan Sukan, ada Ally Iskandar, Zakiah Anas, Azizah Ariffin (sifu yang ajar aku baca berita masa aku mula2 join TV3; she with Azmi Aziz), Nurul Syuhada Nurul Ain (dah berpunya dah si dia ni, hehehe, ngan kawan aku gak), Ahmad Fedtri Yahya dan beberapa personaliti lain.

Biasalah, amek gambar tu amek gambar juga, tapi gelak and buat lawak je yang lebih. Dah penat tu, kami tibai roti sardine roll yang di sediakan waktu tea-time.

Anyway, thanks to Hip Berita Harian, tak tahu la bila nak kuar dalam suratkhabarnya tu..tunggggguuuuuu..

Lihatlah aksi2 "poyo" kami semua di Pejabat CEO TV3 - Penthouse Sri Pentas 23 Jun lalu!




Big Boss NTV7, Datuk Anthony Firdauz Bujang yang sempat "menjenguk" kami di Penthouse..




Izwan Azir yang tertanya2 apakah yang di teliti oleh Ally Iskandar, sedangkan Nurul Syuhada berusaha keras berlatih meniup amenda ntah nama bendalah tu...


Men in Black Newsroom, hahahaha...


EL-DIVO Tv3, cheh!

Terus setia bersama TV3 ya dan, pastinya Buletin Utama, no.1 News program in Malaysia 2007*

*AC Nielsen Research.

i love u Fri 25-Jul-2008 09:21
Posted by:unnamed
salam...abg wan cam ne nak contact norazlina redzuan a.k.a kak alin?saya minta sgt kat dia...tringin sgt nak close ngan dia ni...sebab dia la, sy berminat dalam broadcasting or journalism...dia pembuka mata saya nak menceburi bidang ni...tollong eh abg wan...gi tau cam ne nak 'dapatkan' dia ni... Tue 14-Oct-2008 03:59
Posted by:sya syafinie_86@yahoo.com.my
kip up the good work!i more thing,pliz get urself free 2 update this fp.. Wed 6-May-2009 14:03
Posted by:no name
View all 21 comments Add comment


Monday, 2-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Selamat Jalan Tok..

Cuma sehari selepas majlis resepsi Noin di Gerik..kami di gemparkan dengan berita sedih ini..

Tok aku, yang terakhir utk aku...pergi kepada Yang Menciptakannya..


Tok - 17 hari sebelum pergi meninggalkan kami, di Majlis Perkahwinan Noin pada 17 Mei lalu.
Kami sekeluarga sepakat, gambar-gambar tok di majlis ini adalah yang terakhir di rakamkan sebelum dia meninggal dunia.

= = = = =

Tengahari tu, aku yang dah sampai dari Gerik dari semalam lagi...kena baca berita Buletin 130.
My mum sms me dari Kulim, bgtau aku, kalau dah habis kerja, pi jenguk Tok di rumah my auntie di Shah Alam..dah agak membimbangkan dah keadaannya. They all pun dah nak bergegas balik dah ke KL.
So selesai je kerja di ofis, pas Maghrib tu, aku ke rumah Mak Tam aku di Seksyen 7.
Di sana, aku terkejut tgk tok terbaring di bilik dia, ada adik2 sedara aku yang bacakan dia Yassin.
I still remember Pak Long Ya'akob bisik di telinga tok masatu "sebut Allah, Allah, Allah mak".
Aku terkejut tgk cara tok bernafas - menggeletar satu badan dia nak menarik sekali nafas je..
Seolah-olah begitu sakit sekali nak menarik dan menghela nafas..
Aku tanya Pakteh, what are the chances, they all kata, pada keadaan begini, kita banyakkan berdoa aje..
My mum rushing back dari Kedah and sampai jam 9 malam.

9.05 minit malam, selepas 3 kali menarik nafas, Tok menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan anak-anak dan cucu-cucunya, termasuk aku, berada di sampingnya..

"She's gone" - kata doktor yang di bawa datang ke rumah malam tu untuk melihatkan keadaan tok.

Aku, and semua yang ada di situ, tak mampu tahan air mata lagi...


Hajah Zainab Mat Saud (1918 - 2008) kelahiran Ciawi, Indonesia
berkahwin dengan tokayah aku (Hj Mohd Nor - arwah), ketika usianya 16 tahun, di Singapura.

= = = = =

Tok akhirnya pergi juga, dalam keadaan yang cukup tenang, dan sakit yang tak sampai sehari. Tengahari tu dia masih boleh lunch lagi dengan Pakngah aku yang datang menjenguk dia..

Even Maghrib tu, dalam dia menahan sakit (she passed away at 9.05pm), dia masih boleh tanya "Dah masuk waktu Maghrib ke"?

She's 90 years old anyway. Dia tak pernah nyanyuk..

Aku boleh consider rapat dengan dia. Seingat aku, 2 kali aku hantar dan ambil dia secara bersendirian ke / dari Singapura, my auntie's house.

Aku ingat lagi, dulu kecik2, orang panggil aku "cucu tok nab" (nama tok aku Hajah Zainab)

Sebabnya, aku cerewet macam dia, and tak suka keadaan bersepah2 ni. Aku cepat nak bising, sama macam arwah tok aku.

Arwah ialah peminat nombor satu aku. Yang buatkan aku menangis masa temankan jenazah dia malam tu, and even masa kebumikan dia pun sebab aku teringat kata2 dia pada aku..

"Tiap kali tok tengok wan baca berita, tok tak pernah lupa doakan wan. Doakan wan agar lebih berjaya dan doakan wan dilindungi dari apa2 bahaya, kejahatan orang"

Aku sedih - malah mengalir air mata aku - setiap kali teringat ungkapan tok aku ni. Dia tak boleh membaca, jadi dia suka dengar aku baca berita, walaupun mungkin dia tak faham apa benda yang kita bacakan tu sebab dia dah tua, tak tahu isu semasa...but dia akan tunggu depan tv, 8 sampai 9pm.

===

Tadi (6 Jun 2008) sebelum aku masuk ke ofis, aku sempat singgah ke kubur sekyen 21 Shah Alam, ziarah kubur tok.

Aku bawa Anderie sama, sebab dia takde masa tok meninggal hari tu.

Masa aku nak balik, aku ucap "Assalamualaikum tok, wan balik dulu ye..."

Tiba-tiba air mata aku bergenang...sedih meninggalkan insan yang aku sayangi.

Kepada yang membaca catitan ini, saya minta sedekahkanlah Al-Fatihah untuk nenda saya. Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya, memaafkan dia dan menempatkan rohnya bersama orang-orang yang soleh serta membalas kebaikan yang pernah dia lakukan dengan sebaik-baik pembalasan, Amin.

Sesungguhnya tok sudah mendahului kita, suatu hari nanti kita juga pasti menyusul untuk kembali kepada Yang Menciptakan kita.


di rumah aku masa Noin nikah 16 Mei lalu. duduk di belakang dari kiri - paklang zainon, maklang, tok and johan
duduk di depan dari kiri, maksu, mak, makteh dan maktam.

Quote:
"Wan bila nak naik pelamin ni? Sementara tok ada umur ni, bolehlah nanti tok merenjis wan atas pelamin."
Tok - 17 hari sebelum pemergiannya, di majlis persandingan Noin.
InsyaAllah Tok, ada jodoh nanti, ada rezeki, Wan akan tunaikan harapan tok tu, walaupun tok dah takde untuk merenjis wan..


p/s: tok ialah bonda pada mak aku.


salam... 1st time masuk kat fp izwan nie... cantik2 gambar2 kt sini.. x macam fp watie..

>>takziah buat izwan sekeluarga... watie pun baru kehilangan atuk tersayang.. tapi kitorang xde gambar terbaru dia. atuk watie meninggal kerana sakit tua.. dia sihat je sebelum nie...sedih betul x dapat berada disisi dia masa tu.. watie baru je nak melawat dia pada hari sabtu.. tapi allah telah menjemput dia lebih awal... kita hanya mampu merancang... semua adalah ketentuanya... semoga mereka ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... amin
Wed 2-Jul-2008 07:55
Posted by:watie  - [Link]
Hanya Allah yang dapat membalas budi baik rakan2 yang mengucapkan takziah pada saya dan keluarga melalui ruangan ini, terima kasih semuanya.
Sebulan dah tok tak ada, mudah2an dia bersemadi dengan aman dan rohnya di tempatkan di kalangan kekasih2 dan orang yang di sayangi Allah Ta'ala.
Amin.
Thu 3-Jul-2008 16:20
Posted by:izwanazir izwan@tv3.com.my
Jangan Baca jika Anda tidak Mencintai Ibumu!


Ketika ibu saya berkunjung, Ia mengajak saya untuk
Berbelanja bersamanya karena dia membutuhkan sebuah
Gaun yang baru.

Saya sebenarnya tidak suka pergi berbelanja bersama dengan orang lain,

Dan saya bukanlah orang yang sabar,

tetapi walaupun demikian kami berangkat juga ke pusat perbelanjaan tersebut.
Kami mengunjungi setiap toko yang menyediakan gaun Wanita,

Dan ibu saya mencoba gaun demi gaun Dan Mengembalikan semuanya.

Seiring Hari yang berlalu, Saya mulai lelah Dan ibu saya mulai frustasi.
Akhirnya pada toko terakhir yang kami kunjungi,

Ibu Saya mencoba satu stel gaun biru yang cantik terdiri
Dari tiga helai. Pada blusnya terdapat sejenis tali di
Bagian tepi lehernya, Dan karena ketidaksabaran saya,
Maka untuk kali ini saya ikut masuk Dan berdiri
Bersama ibu saya dalam ruang ganti pakaian,

Saya Melihat bagaimana IA mencoba pakaian tersebut, Dan
Dengan susah mencoba untuk mengikat talinya.

Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh
Penyakit radang sendi Dan sebab itu dia tidak dapat Melakukannya,

seketika ketidaksabaran saya digantikan
Oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya.

Saya Berbalik pergi Dan mencoba menyembunyikan air Mata
Yang keluar tanpa saya sadari.

Setelah saya Mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke
Kamar ganti untuk mengikatkan tali gaun tersebut.
Pakaian ini begitu indah, Dan dia membelinya.
Perjalanan belanja kami telah berakhir,

Tetapi Kejadian tersebut terukir Dan tidak dapat terlupakan Dari ingatan saya.

Sepanjang sisa Hari itu, pikiran Saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam
Ruang ganti pakaian tersebut Dan terbayang tangan ibu
Saya yang sedang berusaha mengikat tali blusnya.

Kedua Tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi Saya, memandikan saya,

memakaikan baju, membelai Dan Memeluk saya, Dan terlebih dari semuanya,

berdoa untuk Saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya
Dengan cara yang paling membekas dalam hati saya.

Kemudian pada sore harinya, saya pergi ke kamar ibu Saya,

mengambil tangannya, menciumnya ... Dan yang

Membuatnya terkejut, memberitahukannya bahwa bagi saya
Kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah Di dunia ini.

Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah Membuat saya dapat melihat dengan Mata baru,

Betapa Bernilai Dan berharganya kasih sayang yang penuh
Pengorbanan dari seorang ibu. Saya hanya dapat berdoa
Bahwa suatu Hari kelak tangan saya Dan hati saya akan Memiliki keindahannya tersendiri.

Dunia ini memiliki Banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu Agung,

tetapi tak satu pun yang dapat menandingi
Keindahan tangan Ibu...

With Love to All Mother
" JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI
KEPADA
ORANG LAIN, AGAR SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT
MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA "

Note : Berbahagialah yang masih memiliki Ibu.

Dan Lakukanlah yang Terbaik untuknya..
Thu 17-Jul-2008 04:18
Posted by:Jangan Baca jika Anda tidak Menc
View all 18 comments Add comment


Sunday, 1-Jun-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Majlis Kahwin Noin lagi



Kali ni giliran Noin dan keluarga aku bertandang ke kampung Heri di Gerik, Perak..

Aku suka masuk kampung ni, sebab jiwa jadi tenang tgk alam semulajadi..

Pas je kenduri ni, aku berkelana balik ke KL - drive kete sorang2 (pas minyak dah naik ni, takde la aku nak drive jauh2 camni lagi). Aku kena bersiaran esok untuk Buletin 130

Family aku semua (kecuali Noin) patah balik ke Kulim, Kedah (my kampung) for another night overthere, bestnye! (Jeles betul aku)




waa..nice capture..i like each of ur shoot..wak bleh ajar camner nak upload pict..new member so agak lumpy sket Thu 12-Jun-2008 17:06
Posted by:fad kinoda2002@yahoo.com
how much the cost of the camera..capture sight cam bestla..nice pict anyway Thu 12-Jun-2008 18:21
Posted by:fad kinoda2002@yahoo.com
Ouchh.. Gamba2 tu bukan Izwan Azir yg snap.. tapi abang dia yang hensem..! sapa lagi aku laa... wakakakakaka... Thu 26-Jun-2008 10:42
Posted by:farul azri electrotouch@yahoo.co.uk  - [Link]
View all 5 comments Add comment


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.