|
|
| Saturday, 10-Jan-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Akhirkanlah semua ini! Cukuplah..Kasihanilah Gaza wahai dunia!
|
|
viewer discretion is advice - mungkin menyinggung sesetengah pengunjung.
Hari ke 14 Gaza di asak Israel dari darat, udara dan laut.
Pintu sempadan wilayah Palestin itu terus dikunci rapat Mesir, yang berjiran dengannya - terkurunglah mereka menunggu nyawa di cabut, dek hentaman bom-bom Zionis (Laknatullahi Alaihim)
Hampir 800 orang sudah terbunuh, 300 daripadanya kanak-kanak dan wanita dan kebanyakkannya orang awam - bukan tentera atau Hamas!
Ye, Hamas memang melancarkan roket dari dalam Gaza. Tapi roket-roket yang jatuh di Israel, cuma menyebabkan lubang kecil di jalan atau mencalar sedikit cat rumah warga Yahudi.
Dan gambar-gambar di bawah inilah serangan balas Zionis (Laknatullahi Alaihim) yang berselindung di sebalik alasan mahu menghancurkan Hamas.
Apakah tindakan kita?? Mereka saudara-saudara kita wahai umat Islam, rakan-rakanku!
Jika anda tidak mampu membantu sekalipun dari segi sokongan atau kewangan, atau tidak sempat berdoa untuk mereka, saya seru kepada anda, kurangkanlah aktiviti 'bergembira' anda kerana dalam senyum dan tawa kita - kanak-kanak kecil di tanah Gaza menangis kehilangan orang tuanya, atau lebih malang lagi, terkambus dan mati di bawah runtuhan rumah mereka.
Renungkanlah wahai saudara-saudaraku..buka mata hati anda. Mereka saudara kita..
kalaulah kita yang berada dalam keadaan begini, bagaimanakah rasanya kehilangan anak atau adik yang tercinta? Sedangkan dia belum puas melihat dunia ini lagi
haiwan kesayangan Rasulullah SAW yang tidak berdosa turut menjadi mangsa
berehatlah di syurga wahai anak-anakku wahai syuhada
anak-anak kecil ini ketakutan wahai saudara-saudaraku, sedang kita di sini sentiasa merasa aman..
Dan lihatlah bagaimana gembira dan terujanya orang Yahudi di Israel melihat satu demi satu bom jatuh di bumi Gaza...apakah mimik wajah kita juga sama seperti mereka ketika ini?
Saya bukan meminta anda untuk bermuram durja sepanjang hari, tetapi kalau kita tertawa sekalipun, ingatlah, kenanglah, saudara-saudara kita sedang menangis, ketakutan, kesejukan, tidak tahu mana lagi hendak melarikan diri..
Ucapan mereka - Hasbunallahu wa ni'mal wakeel' - cukuplah Allah bagi melindungiku, Dialah sebaik-baik Pelindung..
Kenanglah saudara-saudara kita, wahai rakan-rakanku..
sebutir batu pun tidak pernah mereka lontar sehingga mencederakan kanak-kanak Israel, tapi lihatlah bagaimana Israel memperlakukan mereka
|
|
|
|
|
|
| Friday, 2-Jan-2009 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Allah lindungilah Gaza dan Palestin!
|
|
Sepetang saya menghabiskan masa memantau siaran TV dari rantau Arab.
Entah mengapa, baru sekarang saya terasa kasihan dan simpati dengan apa yang menimpa saudara-saudara kita di Tebing Gaza apabila melihat secara langsung di kaca TV
Sudah masuk hari ke-6 di bedil bom pintar Israel dan satu demi satu kepulan asap hitam mewarnai setiap ceruk tanah Palestin, satu demi satu bangunan yang menjadi 'target' regim Zionis, dimusnahkan!
Dan saya cuma mampu melihat dari kejauhan dan tidak mampu berbuat lebih dari sekadar berdoa...
Khutbah2 Jumaat di seluruh dunia hari ini, semuanya mendoakan saudara-saudara kita di Palestin, sambil mengalirkan air mata
Mereka di tekan sehabis-habisnya, bantuan kemanusiaan di sekat dan setiap hari, anak kecil yang menjadi mangsa
Batu - itulah lawan Israel yang lengkap bersenjata moden dengan kereta kebal terbaik, hasil bantuan Amerika.
Negara Islam tidak banyak bertindak - satu dua seruan dari beberapa negara dan Liga Arab untuk mengutuk Israel, di tolak bulat-bulat Majlis Keselamatan PBB.
Apa yang boleh kita lakukan? Bagaimana aksi jalanan di Kuala Lumpur boleh menyelesaikan masalah? Apakah Amerika peduli dengan tunjuk perasaan sedemikian? Akankah Israel berhenti membedil Gaza, dengan melihat kita membakar bendera negaranya?
TIDAK! TIDAK! TIDAK!
Perlu ada jalan lain - jalan yang lebih menekan kedua-dua kuasa angkuh ini, agar suara negara Islam lebih di pandang tinggi, di hormati dan di segani.
Ketika saya meluahkan perasaan sekarang ini, puluhan anak-anak kecil Palestin terus berlari, cuba menyorokkan diri dari menjadi sasaran bedilan roket Israel.
Dan kita hanya mampu memerhati...apakah akan ada satu pilihan lain yang lebih baik?
| Quote: | '....berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: ""Bilakah datangnya pertolongan Allah?"" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amatlah dekat"
(2:214) |
| Quote: | "Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami.."
(52:48) |
| Quote: | "Tidakkah kamu memerhatikan bagaimana Tuhanmu bertindak terhadap tentera bergajah? Bukankah Dia menjadikan tipu daya mereka itu sia-sia belaka? Dan Dia mengirimkan kepada mereka (tentera bergajah itu) burung yang berbondong-bondong. Dan melempari mereka dengan batu (dari tanah) yang terbakar. Lalu Dia menjadikan mereka itu (seolah-olah) daun yang di makan (ulat)"
(105:1-5) |
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Jan-2009 19:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pusing-pusing Kaherah, Mesir
|
|
Dalam perjalanan pulang ke KL dari misi di Darfur, kami singgah lebih 15 jam di ibunegara Mesir, Kaherah (al-Qahirah / Cairo)
Tawaran Hotel Fairmont Heliopolis bertaraf 5 bintang oleh Egypt Air (sebab transit lama) tidak di endahkan kebanyakkan kami. Semuanya nak jalan!
Suhu dingin musim sejuk sekitar 17'C menyambut kami.
Di lapangan terbang Kaherah, terpapar firman Allah "ادْخُلُواْ مِصْرَ إِن شَاء اللّهُ آمِنِينَ " (Masuklah kamu ke Negeri Mesir, insyaAllah dalam keadaan aman {Yusuf:99})
Ye, negerinya memang aman, tapi 'ada masalah' sikit dengan sikap rakyat negara diraja Firaun ini
Dari airport sampailah di jalanan, orangnya sanggup tolong kita atau apa saja kita nak, tapi duit kena hulur, dan jika di tanya jumlahnya berapa, cukuplah saya katakan, anda akan 'dikapak' orang Mesir bila berurusan dengan depa
But Kaherah memang 'typical Arabian city' la, macam dalam gambaran cerita P.Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok. Bangunannya semua jenis lama, tak teratur, asal siap je dan berunsur zaman 70'an
Cuma ada masa 17 jam di bandar ni, my brothers and sister tanya nak pusing mana dalam tempoh masa ini?
Dua je jawapan kami semua - Piramid dan Shopping!
Piramid - identiti utama Kaherah dan Mesir! Ia satu dari 7 keajaiban dunia.
dan Sungai Nil - tergambar bagaimana bonda nabi Musa AS melepaskan anakanda kesayangannya di sungai ini kerana takut pada ancaman Firaun untuk membunuh semua anak lelaki yang lahir di Mesir!
Setelah pusing2 piramid di Giza (dengan bayaran masuk LE 60 utk rakyat asing dan hanya LE 2 utk penduduk tempatan dan warga Arab), kami ke Khan El-Khalili atau juga di kenali Hussien.
Kawasan ini di namakan dengan nama cucunda Rasulullah SAW ini kerana berdekatannya terletak Masjid El-Hussien yang mempunyai makam Saiyidina Hussien ibn Ali Karamallahu Wajhah (KRW).
Tapi di Makam ini cuma ada kepala Saiyidina Hussien sahaja yang meninggal dunia akibat di pancung di Karbala. Jasadnya masih di Karbala, Iraq.
Masjid Hussien ni unik kerana senibina luarannya kelihatan mirip bangunan Gereja. Aku sempat solat Jumaat dan Jamak Asar di Masjid ni, serta ziarah ke makam Saiyidina Hussien RA.
Pada waktu maghribnya, aku berjemaah di Masjid Al-Azhar.
Allahuakbar, tak terkata gembiranya aku dapat menjejakkan kaki di masjid ternama ni, bak kata Zulfahmi, one of the Malaysian student there, 'Masjid yang melahirkan ribuan Ulama' seluruh dunia!'
Suasana di sini sungguh tenang, ada aura ilmu yang banyak di sekitar sini dan aku memang teruja berada di sini, walaupun tak sampai setengah jam!
To all my newly-met-but-so-lovely-brothers and sisters yang entertain kami sepanjang di Kaherah, jazakallah khaira kathira.
*pic ni cilok dari facebook wawa - halal ye
My pray will always with you guys, ya ikhwan wa akhuwat, insyaAllah.
Darfur menemukan kita semua, dan Kaherah memisahkan kita buat sementara, insyaAllah kita pasti berjumpa lagi
Aku belum puas dengan Mesir, bumi para Anbiya' ini. InsyaAllah panjang umur dan ada rezeki lebih sikit, aku bercadang ke sana lagi.
Hajat hati nak 'face to face' dengan jasad Firaun Ramses II yang mengejar Nabi Musa AS sebelum mati kerana di telan Laut Merah yang di belah baginda, belum kesampaian.
Jasad itu ada lagi di Muzium Mesir...tak hancur
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 21-Dec-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Darfur, yang menyayat hati *Updated*
|
|
Jika Khartoum pun dah 'tunggang terbalik' - apatah lagi Darfur
Keadaannya lebih daif, lebih miskin, lebih terbiar (walaupun perhatian dunia tertumpu padanya), lebih kotor dan berdebu dan - lebih menyedihkan
Tanahnya kontang, tiada sungai, tiada parit...berdebu seluruh pekan, anak2 kecil berlari ada yang berkaki ayam, bawah hidung mereka berdebu dan mereka sangat comot.
Kasihan...aku, adakalanya - tak sanggup mengenangkan semua itu.
Dari penerbangan 1 jam 20 minit Sun Air dari Khartoum, penempatan Darfur dari udara, bagaikan tompokan sampah.
Ye, sememangnya rumah mereka pun di bina dari tanah dan sampah. Aduhai..
Pekannya cuma ada kedai-kedai menjual keperluan harian - air, rokok, sayur, daging, prepaid telefon, rokok dan...oh ya, kedai kaset. Takde CD.
*Jalan utama dari lapangan terbang ke pekan Nyala, Darfur Selatan
====
Semasa di Darfur, misi utama kami ialah membuat lawatan ke kem-kem pelarian.
Ada beratus-ratus kem, dan antara yang utama, Otash, di pinggir Nyala.
Dalam bahasa Arab - Otash bermaksud 'dahaga' - dan terbentang di depan mata kepala kami bagaimana 'dahaga'nya pelarian di kem ini untuk meneruskan kehidupan seharian.
*Sekolah di Otash... speechless, tak tahu nak cakap macammana, tapi inilah sekolah.
Masalah di Darfur bermula dengan serangan satu puak di kenali Janjaweed ke atas penduduk Darfur.
Pemberontak di katakan penduduk berketurunan Arab dan cuba untuk mengenepikan penduduk Afrika berkulit hitam secara bersenjata
Jadi apabila di serang, masyarakat Darfur yang hampir 100% berkulit hitam legam (Afrika), lari dari kampung mereka dan merempat di kem pelarian.
*rumah pelarian di Otash. Cuma dari tanah liat. Ini masih dalam kategori 'ok' Ada rumah yang bulat2 di bina dari sisa-sisa sampah. Tapi kami sebenarnya tak di benarkan berhenti mengambil gambar, atas faktor keselamatan (dan mungkin rahsia Sudan).
Namun pada 2003, telah ada perjanjian damai antara pemerintah Sudan dan Janjaweed yang meletak senjata kemudiannya.
Pasukan perubatan Malaysia yang terdiri dari pelajar-pelajar Malaysia di Mesir, memberi pemeriksaan kesihatan dan ubat-ubatan percuma untuk pelarian
*doa yang di ucapkan penduduk kampung kepada kami 'Allah ma'akum' (Mudah-mudahan Allah sentiasa bersama kamu), membuatkan kami tersenyum. Doa orang miskin dan merana, dekat kepada Allah.
Dan kagum, di dalam kesusahan begini, keimanan mereka tetap kuat kepada Islam.
Kami turut melawat perkampungan Baba
*Nak sampai ke kampung Baba je, 2 kali kami terpaksa menolak kenderaan di tengah-tengah padang pasir! Terima kasih atas bantuan Unit Tactical Tentera Sudan, kami tak terkandas di sini!
*Penduduk kampung Baba antara masyarakat pelarian yang telah pulang ke kampung mereka semula.
Mereka pulang untuk membangunkan kembali kampung yang di tinggalkan, mula bercucuk tanam dan menjalankan kehidupan seperti biasa, walaupun tersangat daif.
*ketika kita sudah duduk di rumah teres (atau paling tidak pun rumah kampung), saudara-saudara kita di Darfur masih tinggal di dalam khemah.
Tidak terhad di kem pelarian, di mana-mana sahaja di Darfur, senario 'meminta' sangat ketara.
Yang mulianya, kanak-kanak Darfur akan meminta, tetapi tidak mencuri.
Saya ada pengalaman di mana kanak-kanaknya boleh mencuri barang milik saya jika mereka mahu, tetapi mereka memilih untuk meminta dari saya dan tidak lari begitu sahaja setelah mengambil barang milik saya.
Saya sentiasa doakan, mudah-mudahan Allah memberi jalan keluar kepada mereka dari belenggu kemiskinan dan melimpahkan rahmat dan karuniaNya kepada saudara-saudara kita, jauh di Darfur
| Quote: | "Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku" (2:172)
Saudara-saudaraku, bersyukurlah dengan semua yang kita miliki hari ini. Jika kita mengeluh kesusahan, ingatlah, ramai lagi yang lebih malang dari kita. |
Tapak kaki penduduk Darfur yang merakamkan 1001 penderitaan yanga hanya mereka dapat memahaminya. Berat mata kita memandang, berat lagi beban yang di pikul mereka setiap hari .
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 20-Dec-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Pengalaman sekali seumur hidup - Sudan.
|
|
Sebenarnya, sebelum ke Darfur lagi, aku dah demam. Bibir n lidah pecah (sampai takleh baca news) and temperature badan pun tinggi, sampai parents aku risau, camnelah nak ke tempat konflik dengan kesihatan macam ni.
Doktor kata 'awak kena bertenang, awak terlalu memikirkan mengenai Darfur'.
Memang betul pun, memang aku selalu fikir. Sebabnya aku takde gambaran langsung, bukan setakat Darfur...Sudan sendiri pun aku tak tau macammana. Yang aku ingat, pensyarah subjek Arab masa di UIA dulu, banyak la dari Sudan..
Pendaratan Egypt Air dari Kaherah di Lapangan Terbang Antarabangsa Khartoum, Sudan..mengakhiri persoalan aku.
Khartoum ialah ibu negara Sudan, terbahagi di dua tebing sungai Nil. Satu tebing di panggil Khartoum Bahr, dan satu tebing lagi, Khartoum Jadid (Bandar Baru Khartoum).
Kami di raikan setiausaha kedutaan Malaysia di Khartoum dengan jamuan Nasi Lemak. Duta tiada semasa kami di sini, beliau sedang mengerjakan Haji
Tapi mana-mana kawasan di Khartoum pun, sama je, kecuali satu jalan yang moden di tgh bandar dengan satu je shopping complex - Afra.
Ini antara 1 dari 2 (ye, hanya 2 sahaja) signboard jalan yang ada di seluruh Khartoum, sekurang2nya yang aku nampak.
Aku sampai di ibunegara Sudan ini ketika mereka bersedia menyambut Aidiladha.
Raya Haji di negara Arab, seperti yang kita sedia maklum, lebih meriah dari Aidilfitri.
Kambing di jalanan Khartoum adalah pemandangan biasa, tapi sebab Raya Haji dah dekat, kuantitinya bertambah dan menambahkan 'semangat' nak raya.
Kambingnya 'pandai' duduk di tepi jalan, dan tak melintas sebarangan. Tuannya pun ada jaga sekali.
Satu dari beberapa station minyak "Betrunas" di Sudan. Petronas memang mempunyai kerjasama carigali dan perniagaan minyak di sana.
Khartoum masih banyak 'kerja' yang perlu di selesaikannya.
Presiden Sudan sudah di arah tangkap oleh PBB kerana di tuduh mendalangi jenayah kemanusiaan.
Di luar lapangan terbang, terpampang poster wajah Presidennya Omar Ali Bashir dengan slogan 'Tiada rakyat Sudan yang tidur kelaparan' - aku tak percaya ayat poster itu.
Rakyatnya masih teramat-amat miskin. Dimana-mana sahaja anda pergi, sayu mata memandang...tatkala kita sudah terlalu senang begini, saudara2 kita di negara ini masih merempat di dalam rumah yang tidak layak di panggil 'rumah'.
Keldai, pengangkutan biasa di Sudan.
Bagaimanapun, rakyatnya peramah dan baik hati. Mereka sedar kulit mereka hitam, jadi mungkin timbul rasa rendah diri di situ.
Di lapangan terbang, rakyat tempatan yang bertemu kami, masih ingin bertanyakan 'Do you like Sudan?"
Walaupun mereka miskin, dan negara ini hampir tiada sistem langsung, saya tetap menjawap 'very nice country' dan mereka akan tersenyum.
Memang - kecuali beberapa lampu isyarat dengan sistem pengiraan saat untuk menunggu lampu hijau, keseluruhan Sudan hidup tanpa sistem.
Yang bersistem, menara2 masjid yang akan melaungkan azan tiap kali masuk waktu. Yang selain dari itu - hari ini A, esok boleh jadi Z terus.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 15-Dec-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hadiah terbaik harijadiku tahun ini - Darfur, Sudan!
|
|
15 Disember datang lagi, alhamdulillah, aku masih diizinkan Allah untuk menghirup udara dan memerhatikan perjalanan dunia
Tahun ini, aku mendapat 'hadiah' cukup bermakna - liputan Aidiladha di Darfur, Sudan
Aku masih jet lag lagi sejak tiba 13hb lalu, so, nantikan pengalaman menarik dan suasana mendebarkan dari wilayah bergolak, Darfur, Sudan, sedikit masa lagi.
Dan sedikit sebanyak pengembaraan sehari di Kaherah, Mesir sebelum pulang ke tanahair.
Jangan lupa untuk log in ke site ini semula dalam 2-3 hari lagi, insyaAllah
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Nov-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hong Kong!
|
|
Pertama-tama yang aku ingat tentang Hong Kong, ialah kaki ku ini rasanya nak tercabut bila menapak ke hulu hilir di pulau ni!
Bagaimanapun alhamdulillah, cuacanya yang selesa and nyaman (tak sejuk dan tak panas), around 25-26'Celcius, membuatkan pengembaraan kali ini berbaloi.
Ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chek Lap Kok di Lantau, aku tak dapat bezakan antara HK dengan Singapura.
Rasanya sama je.
Tapi bila ke Avenue of Stars di Tsim Sha Tsui Promenade, melihat pencakar langit yang tinggi-tinggi di seberang sana, i knew Im in Hong Kong, satu pusat kewangan terpenting di Asia!
Jalan-jalan di daerah khas Negeri China ni memang menarik. Ianya antara destinasi pelancongan paling selamat di dunia...jauh dari momokan filem2 kungfu atau kongsi gelap yang sering kita tonton.
Masyarakatnya maju, berdisplin dan bergerak pantas..pakai suit and tuxedo walau naik MTR (mcm LRT kita ler).
====
Aku ke sana memang nak melancong la...
Tapi ada juga tujuan lain!
Menembak la, apa lagi? Ini first trip aku bersama DSLR aku beb! Tak cukup 1GB Memory card.. hehe
Spot yang paling aku suka, memang tepi laut di Promenade la, menghadap pulau Hong Kong.
Dari depan Sailbury's Road ni, suasananya santai..tenang fikiran tengok sunset dan feri yang tak henti-henti menyeberangi kedua-dua tebing selat Hong Kong ini.
Kapal layar sebegini, kalau di Melaka, dah jadi muzium, tp di Hong Kong, masih aktif membawa pelancong berlayar dan menikmati pencakar langit Victoria.
=====
Antara lokasi menarik yang sempat aku 'menghabiskan dolar' - Madamme Tussauds di Puncak The Peak, perbukitan di Hong Kong yang boleh melihat pulau itu 360 darjah.
Kat sini memang tempat nak 'perasan' la dengan patung2 yang ala-ala real ni.
Sejuk! suhunya ala-ala di Genting Highlands la..
Pemandangan dari puncak The Peak ni memang cantik, marvelous especially waktu senja...
Sejuta kerlipan lampu di Hong Kong dan Kowloon akan menyebabkan anda rasa tenang...apalagi di hembus bayu sejuk laut China Selatan.
====
Dan satu aktiviti menarik lain...apa lagi, shopping la, kalau nak menghabiskan duit korang.
Jalan-jalan belakang kedai ni jangan di pandang ringan
Kalau korang pandai, macam2 boleh jumpa, menarik dan memukau. Harga jangan risau...boleh mintak diskaun, tawar menawar mesti pandai.
Ladies Market, Tempel Street atau Stanley Road Market itu antara tempat2 biasa..try explore lebih dari tempat-tempat biasa ni.
Mulakan pagi anda selepas sarapan dengan aktiviti patriotik!
Upacara menaikkan bendera China dan Hong Kong ini berlangsung setiap pagi dan penurunannya setiap petang.
Berdiri hormat la beb bila lagu kebangsaannya di nyanyikan, walaupun korang tak faham sepatah apa pun (macam aku)
Jambatan Tsing Yi yang menghubungkan New Territories dengan Pulau Lantau
So, jumpa lagi di destinasi akan datang!. Mana? Tunggu...
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 4-Nov-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hong Kong - Mutiara Asia
|
|
Lama dah saya tak update fotopages ni
Kesibukan di pejabat, tetap 'alasan' paling utama yang menghadkan saya dengan aktiviti kamera, apatah lagi nak ambil masa untuk edit gambar
InsyaAllah, saya akan bawakan dalam masa terdekat ini, beberapa keping gambar yang sempat di abadikan dalam pengembaraan saya ke Daerah Pentadbiran Istimewa (SAR) Hong Kong, 5 hingga 8 November lalu.
So...tunggguuuu!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 17-Sep-2008 10:38 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Berikan pandangan anda di blog saya
|
|
Dunia dah berubah..makin maju.
Perubahan ini memerlukan kita bersuara..kerana suara kita penting.
Untuk itu, saya buka satu laman blog bagi saya menyatakan pendirian saya.
http://izwanazir.blogspot.com
apa kata kita turut berbincang di sana..
Feel free...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 14-Sep-2008 18:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
God's creatures that always make me smile
|
|
Kucing2 aku adalah antara 'harta' aku yang paling aku sayang
Mau tidak?
Dari dia lahir sampai dah besar gini, aku la yang jaga makan minum and manjakan siang dan malam
Kopie, Cumie dan Cikie - anak2 Tofie yang lahir pada 120907. Their elder brother, Milo, died in a car accident last June...their mum, Tofie..my beloved Tofie, also died in a car accident in front of my home last December (061207) - so the rest ni sedang menjalani perintah berkurung di dalam rumah sahaja
Tgk tu, semua berderet2 'menakluki' katil aku..
That is the real situation everynight..aku kena buat sound sikit....heeppp, heeppp, tepuk2 tangan sikit...barulah sekor-sekor turun..
Tapi itu semua tak berpanjangan..silap2 haribulan, when I wake up the next morning...sekor ada tidur kat hujung kaki aku, sekor aku tgh peluk...sekor lagi tido tepi katil aku..
Kuasa Tuhan. Hamba-hambaNya yang tiada akal fikiran ni pun tahu menghargai dan sayang pada orang yang jaga, ambil berat dan care for them
Anak si Cumie yg lahir pada 280808 - Tom Tom
Tom Tom dan Jerry the Pirate!
Kepenatan dan stress bekerja kadang2 terubat bila balik ke rumah dan melayan kerenah manja anak2 kucing aku. Maybe belum kawin kot, belum ada the 'real anak'..so I really care for them...but kalau aku dah kawin pun aku rasa aku tetap 'kaki kucing' jugak kot...
Nabi Muhammad SAW pun sayang kucing..
Aku dengar satu riwayat yang menceritakan bagaimana Baginda keberatan mengganggu seekor kucing yang sedang tidur di atas sejadah Baginda..
Lalu Baginda SAW memotong sejadah itu mengikut tempat tidur kucing itu dan Baginda bersolat atas baki sejadah tadi. MasyaAllah...riwayat ini je dah membuatkan kita tau bagaimana sayangnya Nabi kita pada makhluk comel ini.
Ada yang kata, main kucing ni tak 'lelaki' la brader...so, moga-moga kisah Nabi kita di atas jadi pedoman la untuk anda kembali ke jalan yang benar ye.
Love animals and care for them coz they will pray for you, but we dont realize that
| Quote: | 'Sayangilah sesiapa sahaja yang ada di muka bumi, nescaya kalian akan di sayangi sesiapa sahaja yang ada di langit'
Muhammad Ibn Abdullah SAW |
|
|
|
|
|