Want your
own Fotopage?






 
Izwan Azir Saleh's FotoPage

By: Izwan Azir Saleh

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Saturday, 19-Sep-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Salam Aidilfitri 2009 - Minnal Aidin wal Faizin



Kepada semua yang mengenali saya, samada di ruangan ini, mahupun di kaca TV - keluarga dan rakan-rakan, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas segala kekurangan diri, keterlanjuran kata, sikap yg tidak menyenangkan, dan semua kesalahan lain sempena Lebaran ini.

Maaf zahir batin, semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu kebahagiaan, keceriaan dan rasa kasih dalam persaudaraan untuk semua umat Islam.

0-0 ok!



Ikhlas.

Assalamualaikum.... Selamat Hari Raya buat Izwan sekeluarga...

wan, maria@cacha@yaya masih ada di news dept ke? minta dia sms saya occay!! cakap je nick saya...

thanks...
Mon 28-Sep-2009 00:38
Posted by:yatieig
Teringin nak lihat gambar you bergaya dengan baju raya masa live kat Malaysia Hari Ini pagi raya tu. You nampak lain bila dress-up in Baju melayu and pakai songkok. Nampak jauh lebih segak compare to casual dress. Thu 1-Oct-2009 08:11
Posted by:Natasha Saiden putrigdl@yahoo.com
izwan adalah senior sy masa taaruf @ uia
selamat hari raya
Mon 5-Oct-2009 14:49
Posted by:HooDa
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 29-Jul-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Aku adalah Aku - Israel

18 July 2009 - kali pertama saya dapat melihat tanah Palestin yang di jajah - kini Israel.

Cuma berselang pagar elektrik, mata saya tak berkedip melihat hamparan tanah Israel yang terbentang luas, dengan Bukit Golan yang di tawan rejim Zionis sebagai latarbelakang.



Israel adalah sebuah negara yang di asaskan pada perkauman dan keagamaan. Yang menetap di negara itu, bangsa Yahudi beragama Judai - agama yang di turunkan kepada Nabi Musa dan berkitabkan Taurat.

Mengapa saya mengambil 'Aku adalah Aku' sebagai tajuk entry kali ini - merujuk kepada ayat Taurat yang menjadi pegangan bangsa 'pilihan Allah' itu:

Firman Allah kepada Musa: "AKU ADALAH AKU." Lagi firman-Nya: "Beginilah kau katakan kepada orang Israel itu" (Keluaran 3:14)

Memegang 'wahyu' ini - begitulah bangsa Yahudi membentuk peribadi mereka. 'Aku buat hal aku, aku tak peduli hal atau hak kau, sebab aku adalah aku. Apa kau nak fikir pasal aku, lantaklah. Aku tetap aku'

Lihat saja pagar yang memisahkan dua negara ini - Lubnan dan Israel. Mereka berjiran, saling berpandangan antara satu sama lain setiap hari - namun tiada komunikasi langsung di antara kedua-duanya. Yang lebih memedihkan, kedua-dua pihak saling melihat satu sama lain sebagai musuh.



Perkampungan Misghav Am, dalam wilayah paling utara Israel, Metulla, bersempadan Lubnan ini kelihatan sangat tersusun. Macam taman perumahan di Malaysia. Namun, di sebelah Lubnan, semuanya berselerak. Pacaklah tiang nak buat rumah di mana pun. Mungkin pengaruh Amerika, membantu Israel menyusun sebegitu baik negerinya.



Israel, yang menakluk Palestin setelah memenangi peperangan 1948 - bagaimanapun pandai dalam menggariskan sempadan dan wilayahnya.

Yang di takluk Israel, semuanya yang subur-subur belaka. Punca air, sungai, tasik - antara yang di minati Israel. Tanah gersang berbatu, bukit kontang, semuanya di biarkan untuk Arab. Sekali lagi, konsep Aku adalah Aku, di praktikan.



Sempadan Israel dan Lubnan di kenali 'The Blue Line' - di perkenalkan PBB yang menjadi 'orang tengah'. Manakan tidak, kedua-dua pihak tidak berkomunikasi langsung walaupun duduk sebelah menyebelah!

Di sepanjang garis sempadan ini - Yahudi cuba menonjolkan kekuatan mereka. Jangan harap anda akan dapat berhenti untuk ambil gambar, pasti tentera dia datang dan acukan senjata mereka tepat ke kepala anda!



Dan ketika kenderaan UN milik Malaysia yang menyertai pasukan pengaman UNIFIL melalui kawasan ini - Israel, yang tidak pernah setuju pada penyertaan Malaysia di wilayah itu - akan memantau pergerakkan tentera kita. Walaupun mereka berada dalam negara mereka dan tentera Malaysia di sebelah Lubnan, peluru sesat mereka tidak kenal pagar elektrik yang memisahkan sempadan. Cuma belum pernah jadi je lagi.





Di pihak Lubnan - yang layak berdepan dengan kekuatan Israel, adalah tentera subversif Hezbullah. Penting untuk di katakan, pasukan Hezbullah ini di takuti Israel, walaupun pihak Yahudi tidak pernah mengakuinya.

Firman Allah di dalam Al-Quran

وَمَن يَتَوَلَّ اللّهَ وَرَسُولَهُ وَالَّذِينَ آمَنُواْ فَإِنَّ حِزْبَ اللّهِ هُمُ الْغَالِبُونَ

'Dan barang siapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya Hezbullah (pengikut Allah) itulah yang pasti menang'



Tentera Hezbullah, yang mendapat bantuan langsung dari Iran, tidak boleh di kenali secara langsung. Mereka hidup di dalam masyarakat, bekerja, berniaga dan bersosial, cuma jika ada roket Israel yang jatuh ke bumi Lubnan - peranan mereka terus berubah menjadi pejuang berani mati yang di takuti tentera Israel. Peranan Hezbullah, sangat-sangat di hormati masyarakat Lubnan.



Hezbullah sentiasa dalam keadaan siap-siaga.

Meriam dan missile semuanya telah tersedia di merata-rata Lubnan dan muncung-muncungnya, semuanya di arahkan kepada Israel. Saya tidak pasti bagaimana pula keadaan di dalam Israel, sebab saya tak boleh masuk dalam negara Yahudi tu.



Di kem MALCON East - saya sempat 'melayan' TV Israel. Macam Johor boleh tgk tv Singapore la, sempadan kan.

Rancangan ilmiah seperti dokumentari, berita, hal ekonomi dan pendidikan, semuanya dalam bahasa Ibrani, bahasa Yahudi.

Waktu malam pula, rancangannya tak di tapis, semuanya boleh keluar TV. Yang pakai baju, yang tak pakai baju, semua ada. Dan beberapa program-program sebegitu, di berikan sarikata berbahasa Arab.

Apa tujuannya - saya fikir anda pun faham.



Nurul: Amin, semoga rakan2 kita di sana dalam lindungan Allah.
Puteri: Selamat Hari Raya!
Fri 18-Sep-2009 22:37
Posted by:izwanazir izwan@tv3.com.my
Pagi td nampak ceria di mhi..selamat hari raya juga Mon 21-Sep-2009 14:39
Posted by:putri xinyuen putriyuen_80@yahoo.com
eh tu poster penyanyi kegemaran I la, George Wassouf! dlm perang2 tu ada lagi masa nak berhibur yer. Thu 24-Sep-2009 07:24
Posted by:nell opt_me@politician.com
View all 5 comments Add comment


Monday, 27-Jul-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Damsyik / al-Dimashq / Damascus, Syria!



Aku dan 3 lagi warga media Malaysia yang berada Lubnan, sepakat untuk ke Damsyik, ibu negara Syria untuk satu malam, cuma nak 'berkenalan' dengan bandar itu.

Perjalanan dari Beirut, Lubnan ke Damsyik, cuma 3 jam, dengan bayaran teksi sekitar USD 90 untuk sebuah kereta.

Rasa rugi kalau dah ada di Beirut, tak ke Damsyik sebab jaraknya yg tak jauh mana..

Sebenarnya, hanya kita org Melayu panggil Damsyik. Kalau cakap dengan orang Arab, dia tak tahu Damsyik tu apa. Sebab orang Arab panggil Damsyik sebagai 'Dimashq', bahasa Inggerisnya, Damascus.



Dimashq ni tipikal bandar Arab yang lain. Macam Kaherah. Bangunannya lama dan tak tinggi, lorongnya sempit2 dan bunyi hon kereta merata-rata.



Masa aku di sana, suhu musim panasnya mencecah 40'C! Aku rasa di situlah aku beli air tin paling banyak sepanjang trip tu, selang 10 minit, satu air tin!



Melepasi sahaja sempadan Syria - Lubnan, sudah mula terasa bahang panas. Perbezaannya ketara antara Beirut dan Damsyik. Damsyik macam padang pasir sikit.

But aku suka sytle Damsyik. Settingnya masih tradisi, ala-ala film Ali Baba Bujang Lapok. Dan orang-orangnya juga tak sombong, mereka suka orang Malaysia



Bayangkan lepak kat cafe terbuka macam ni sambil pekena syisya, nikmat! Malam, lagi la meriah

Kami ke sana, niatnya nak tengok Syria je. Jadi, walaupun letih, tapi tak boleh rehat sangat sebab masa suntuk, jadi rugi kalau tak jelajah ibunegara ni.

Lokasi pertama: Souq (Pasar) Hammadiyah dalam kawasan Dimashq al-Qadim (Bandar Lama Damsyik)



Aku selalu tgk Souq ni dalam TV especially Jejak Rasul, tak sangka aku jejak juga kaki di sini. Pasar ni berbumbung hampir 1km, aku rasa ada hampir 1000 kedai jual macam-macam barang dari cenderamata, ke kain ela, kasut, beg, minyak wangi, makanan dan macam-macam lagi lah!

Harga? Macam biasa kalau deal dengan Arab, kalau boleh dia pancung kita, dia akan pancung..


[Penjual Jus Kurma]

Tapi aku tak suka shopping sangat, sebab malas nak deal dengan org Arab, so aku terus ke Masjid Ummayad!











Masjid ini antara masjid tertua di dunia, hari ini ia bagaikan Masjid Negara Syria. Suasana di dalamnya cukup tenang, walaupun banyak budak berlari-lari kesana sini..

Di dalam masjid ini juga terdapatnya sebuah maqam Nabi Allah Yahya AS. Bagaimanapun, hanya kepada baginda sahaja yang terkubur di sini kerana kisahnya baginda di bunuh Yahudi yang mengejar dan kemudian memenggal kepala baginda.



Ada ramai juga pengunjung mat saleh, sebab Nabi Yahya AS juga penting dalam agama Kristian. Di dalam Injil, baginda di kenali sebagai 'John the Baptist' yang membabtiskan Isa Almasih di Sungai Jordan.



Masyarakat Damsyik kebanyakkannya orang Islam Sunni, macam kita. Jadi bila anda di tanya 'awak orang Malaysia?', bersedialah mendengar puji-pujian yang menggunung untuk Malaysia, sebelum anda di minta untuk beli barang dia

Pusing-pusing lagi, aku berjaya temui Makam Salahuddin Al-Ayubi, seorang panglima tentera Islam yang termahsyur, yang memimpin bala tentera Islam dalam Perang Salib.


[tugu Salahuddin (Saladin) di luar Bangunan Citadel]

Cuma sayang, sebab ke Damsyik ni pun tanpa perancangan rapi, aku tak sempat study lebih lanjut pasal Salahuddin ni. Aku cuma teringat film 'Kingdom of Heaven' je



Pusing lagi, aku juga bertemu dengan Maqam Sayyidatina Ruqaiyaa binti Ali KW - anakanda kepada Khalifah ke-4, Saiyyidina Ali KW dan cucunda kepada Rasulullah SAW (Sayyidina Ali berkahwin dengan anak Rasulullah SAW - Sayyidatina Fatimah RA)



Kalau dah berkaitan Ali KW, confirm orang Syiah akan memenuhi tempat tu. Masjid yang menempatkan maqam ni tak terkecuali. Sambil menangis dan menghantuk kepala di maqam itu, banyak lagi yang aku tak faham di lakukan dalam masjid ni.

Kelebihannya, masjid orang Syiah ni memang cantik di pandang mata, menghelit lip lap nya



Walaupun sekejap je di Damsyik ni, aku puas, at least aku faham macamana Syria dan Damsyik punya suasana

Catatan tentang Damsyik / al-Dimashq / Damascus

- Duit Syria, Syrian Pound, macam kertas balut ikan kat pasar. Semuanya dah hitam legam dan remuk sana sini. Kalau anda bagi duit kertas yang baru, dia tak percaya itu duit betul dan akan ambil 5-10 minit hanya untuk pastikan duit baru itu bukan duit palsu. Jadi kalau ke money changer, minta duit kertas yang separuh hancur.

- Org Syria tak banyak yang berbahasa Inggeris. Bersedia dengan Arab paling asas. Ia membantu.

- Masyarakatnya juga mesra.


salam...
jauh perjalanan luas pemandangan, bertambah ilmu bertambah pengalaman...
Wed 19-Aug-2009 00:15
Posted by:ain ain_710@yahoo.com
ni yg best ni .... tgk fotopages traveller.. Fri 21-Aug-2009 10:24
Posted by:syahmir tiramisu_192@yahoo.com
Kurie: Alhamdulillah, pengalaman sekali seumur hidup
Ain: Betul, betul, betul
Syahmir: hehe, sedang merancang lokasi travel selanjutnya!
Fri 18-Sep-2009 22:39
Posted by:izwanazir izwan@tv3.com.my
View all 4 comments Add comment


Thursday, 16-Jul-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kembara ke Lubnan bersama Angkatan Tentera Malaysia, ATM.

Dipanggil ke Cockpit ketika berada 35000 kaki dari aras laut!
Nak landing dah!
Sayang masa di sana, anggur belum masak lagi, masih masam
View all 6 photos...
Dua minggu pada musim panas di Lubnan (16-30 Julai) bersama anggota tentera pengaman Malaysia, MALCON - membuka satu perspektif baru dalam hidup saya.

Pertama - aku dapat banyak kawan baru, para tentera Malaysia dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan, Darat, TLDM dan TUDM.

Kedua - peluang aku menjelajah seluruh Lubnan, dan mengenali budaya Timur Tengah dengan lebih mendalam lagi



Lubnan - sebuah negara yang berada di antara dua budaya, Arab - Eropah.

Di negara itu, nilai-nilai agama, bukan sesuatu yang di angkat tinggi, seperti kebanyakkan negara Arab konservatif lain seperti Saudi atau Mesir.

Malah, saya agak tercengang bila terlihat seorang gadis bertudung membelai-belai seekor anjing di pantai.

Juga takkan saya lupa 'terjumpa' sepasang kekasih yang asyik bercengkarama di pagar sebuah masjid!

Komposisi penduduknya majmuk - ada Arab Sunni, Arab Syiah, Druze ('Islam' yang buat semua perkara pakai pasang niat je), Kristian Katholik dan Kristian Ortodhox.

Negaranya cantik - orangnya, terutama di kawasan bandar, banyak yang kaya. Cuma, di Lubnan, cuma ada 4 juta orang saja, tetapi 17 juta warga Lubnan berhijrah ke negara lain dan tidak tinggal di negara pesisir Mediterranean itu.

Mungkin sebab jirannya - Israel - bukanlah jiran yang baik.

Ibunegaranya - Beirut, walla! cantik beb..dengan laut Mediterranean yang jernih macam kat Tioman! Tak percaya, go there..





Ikon Beirut adalah 2 batu kapur yang rapat dengan pantai Beirut. Batu ini di kenali sebagai 'BayRock' atau Rowcheh. Gila tak gila, seringkali ada yang akan lompat dari tempat saya mengambil gambar ini, jatuh ke dalam laut dan berenang ke BayRock tu!



Di Pantai Ramlit Al-Baida ni pula, memang menjadi tumpuan masyarakat terutamanya musim panas. Ala Eropah la katakan, semuanya berjemur tak ingat dunia. Sempat sepetang saya menghabiskan masa menghirup udara laut Mediterranean ni.



Tapi aku bukan di Beirut sahaja, malah aku ke banyak daerah lain terutama di selatan Lubnan. Aku ke Tyre (As-Sur), Saida (Sidon), Marjayoun dan beberapa kawasan lain, lebih jauh ke kawasan pedalaman, landskapnya pun berbeza.





Perkampungan Khiyam ni, betul2 berhadapan dengan Israel, macam Johor Bahru dan Woodlands la, tinggal lagi takde laut yang memisahkan kedua-dua negara. Yang ada cuma pagar elektrik sepanjang garis sempadan 'The Blue Line' yang di tetapkan PBB.

Cerita sempadan Israel akan saya sertakan kemudian, InsyaAllah.

Pemandangan kampung Hasbaiya ini pula sentiasa menggamit pandangan saya, terutama waktu senja. Kata tentera MALCON, pandangannya lebih cantik pada musim sejuk dengan Gunung Hermon di belakang itu akan di selimuti salji.



Cuba perhatikan titik oren di puncak kanan gunung - itulah kedudukan tentera Israel yang menawan puncak Hermon dan Bukit Golan. Dari puncak gunung itu, tentera Yahudi dapat mengawal Lubnan di sisi saya mengambil gambar ini dan mengawal Damsyik, ibunegara Syria, di sebalik gunung itu.

Bijak, dan sangat strategik.

Jangan lupa, ketika musim sejuk, gunung ini akan di liputi salji yang mencair ketika musim panas, jadi dengan mengawal puncak gunung, Israel mendakwa berhak pada sumber air yang mengalir ke tanah rendah. Air sangat penting di bumi Arab.



Terus terang, ketika melihat Sungai Hasbaiya ini, saya agak terkejut. Saya dikuasai pemikiran, negara Arab takde sungai macam di Arab Saudi. Rupanya Lubnan bukanya padang pasir macam negara Arab lain, ia lebih beriklim Mediterranean yang tidaklah terlalu panas - berangin.

Kami sempat menghabiskan suatu masa petang lepak di sungai ni sambil makan kebab. Beberapa keluarga Lubnan yang turut lepak minum petang di tebing sungai, memberi kami biskut, buat tembikai dan minuman tin.

"Nuhibbeh Malizia" kata mereka - Kami sukakan Malaysia!



Dan, Lubnan dari segi sejarahnya dulu adalah sebahagian dari Negeri Sham, negeri di mana Rasulullah membawa dagangan Sayyiditina Khadijah RA, sebelum menikahi isteri pertama baginda itu. Jadi, banyak lokasi bersejarah yang sempat juga saya lawati.



Contohnya bangunan ini yang saya temui di daerah perbukitan Deir Al-Qamar. Kerana takde bangunan begini di Malaysia, saya jadi terpegun, apatah tempatnya di ubah suai menjadi kedai cenderamata, menarik!

Berdekatan dengannya juga letaknya lokasi dimana Malaikat datang kepada Nabi Ayub AS dan menyembuhkan penyakitnya yang dahsyat, sehingga mengikut sirahnya, habis lari keluarganya akibat penyakit yang membusuk itu.

Banyak pengalaman cukup berharga bila saya di Lubnan, semuanya saya lipat dengan kemas dan letakkan dalam satu tempat istimewa di hati saya. Banyak berjalan, luas pemandangan kan, dan lebih banyak ilmu baru yang di pelajari.



Beberapa catatan lain berkait Lubnan

- pokok pada bendera Lubnan itu ialah Pokok Cedar - sejenis pokok yang banyak tumbuh di utara Lubnan. Ia diangkat menjadi simbol nasional kerana ketahanannya. Pada musim apapun, panas, salji atau ribut, daunnya tetap hijau dan keteguhannya tidak tergugat.

- Azan di daerah yang majoritinya orang Syiah, berbeza sedikit. Ada beberapa rangkap lain yang di masukkan, terutama memuji Saiyidina Ali KW.

- Matawang Lubnan - Lira Lubnan (LL) - macam Rupiah Indonesia, beli suratkhabar harga 500 LL. Jadi, hampir semua peniaga suka berurusan dalam Dolar Amerika (USD) dengan pelancong asing.

- Orang Druze mengaku Islam, tapi kitabnya bukan Al-Quran. Ada kitab khas lain.

- Semua orang di Lubnan bagi salam dan baca Al-Fatihah, tak kira agama apa pun, jadi susah nak tahu dia Islam atau Druze atau Kristian. Bezanya bila kita terkejut dan sebut 'Ya Allah', diorang akan sebut 'Ya Isa' 'Ya Maryam' atau 'Santa Maria', barulah kita tahu rupanya dia bukan Islam.

- Beirut di gelar 'Paris of the Middle East' - wanitanya menghias diri ala Eropah.

- Orang Lubnan sangat hormat pada Hezbollah - parti yang mempunyai angkatan tentera sendiri yang mempertahankan Lubnan dari serangan Israel. Dan orang Lubnan benci pada Israel, menggelar Yahudi sebagai 'golongan pembunuh para Nabi'.

- Orang Arab Lubnan mesra dan suka kepada pelancong. Berbeza dengan orang Arab negara lain yang kebanyakkannya sombong sebab kaya.


Care to comment?


Tuesday, 30-Jun-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Maha Suci Allah

Dulu kadang-kadang bila tgk pic2 yang ikan ada nama Allahlah, pokok tgh rukuklah, atau beberapa keajaiban lain, aku bukannya tak percaya..

Tapi rasa teknologi moden memungkinkan segalanya.

But this time around, 'miracle' itu sampai ke rumah aku sendiri.

28 Mei 2009 - Tom Tom kucing aku melahirkan 4 ekor baby, cute semuanya.

And Rio adalah salah seekornya, dengan kelebihan tersendiri.

Jika di amati elok2, ada tulisan Allah, secara terbalik, di badannya.

Subhanallah, aku tak banyak pilihan selain percaya pada kelebihan kucing Rio ni.

Tetapi aku harus akur dan ingat bahawa Allah Maha Berkuasa dan segala ciptaanNya adalah mengikut kehendakNya. Aku insaf.

Rio...jgn nakal2, thanks sebab buat my family feels happy dengan adanya Rio



p/s: Sorry dah lama tak update FP ni. Perubahan kuasa di office dengan dasar-dasar baru yang perlu di pelajari semula

Askum,
Alhamdulillah, allah masa besar. Mungkin itu adalah cara tuhan mnutup keraguan izwan terhadap cerita yg selama ini menjadi tanda tanya sejujurnya utk diri adam sendiri. Adam percaya ini adalah rahmat yang diberikan kepada izwan dan keluarga dan mungkin caranya Rio berterima kasih kepada izwan kerana keiklasan keluarga atau yang lebih tepatnya kepada izwan kerana menjaga dan memberi kasih sayang kepada ibunya Rio sehingga terlahirnya Rio kedunia. Insaallah, kelebihan Rio itu mungkin menandakan sesuatu yang baik buat keluarga izwan.
p/s:lambat update takpa janji up date... keja rajin -rajin ok.... tak kerja tak makan.... dan tak baik merunggut......
Sun 5-Jul-2009 09:26
Posted by:adamiswandy
SubhanAllah... Tue 21-Jul-2009 05:52
Posted by:ain
Salam .. tuan rumah..kite jalan2 cari FP.. heheh... wah.. unik yer anak bulu kucing tu.. Bertuah sungguh Abg dpt melihat kebesaran Allah..Peliharalah anak kucing itu sebaiknya ye.... ... update la... pembesarannya nanti ye.... Tue 21-Jul-2009 09:32
Posted by:SitiLavender  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Tuesday, 24-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Perhimpunan Agung UMNO 2008

Perhimpunan umat Melayu terbesar di Malaysia tahun ini berlangsung lagi.



Kali ini agak signifikan - PM ke 5, melambaikan tangan tanda perpisahan, di sini berakhirnya kuasa PakLah.


Peluang mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri ke 5

Minggu yang penuh mencabar buat aku, tapi di gagahi jugak.

Sedikit gambar disini apa yang kami lalui di Bilik Selangor, PWTC sepanjang minggu itu.








All the best Tan Sri Deputy Prime Minister


Berkenalan dengan Perdana Menteri ke 6 Malaysia!


ehem.. ehem.. sila la ke laman fotopages gue pulak.. muhahahaha..! Tue 12-May-2009 18:27
Posted by:Farul Azri
angah, kasi promote ini link kepada kawan-kawan ko.. hehehe
http://click-syndicate.com/theblog


Sun 17-May-2009 13:15
Posted by:Farul Azri  - [Link]
Wan salam...
Yok wan gi outing esok
let's go to the Zoo
Fri 22-May-2009 04:09
Posted by:Kak dod  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Saturday, 21-Mar-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Pertunangan adinda Shahril Izad - Diana

 
 
team pompuan mengkedahak
View all 4 photos...
21 Mac kelmarin, aku dan keluarga bersama Paklang dan Maklang aku ke Mersing, Johor.



Hajatnya satu je - merisik dan seterusnya meminang bunga Mersing sekuntum ni, buat adik aku, Shahril Izad



Berbekalkan 5 dulang, syukur alhamdulillah, tradisi kita orang Melayu ni di terima baik pihak perempuan yang membalas 9 dulang untuk kami.



Hmm...setahun lagi (insyaAllah), dapat satu lagi ahli keluarga la kami, alhamdulillah.

Makin besar keluarga Haji Saleh Hashim ni kan?



Tiada soalan lanjut di benarkan, hahahaha


tahniah...
gambo pun dah makin cunnn
Tue 7-Apr-2009 23:03
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
Terima kasih semua atas ucapan selamat buat adinda saya dan tunangnya.

cikgu: Mana leh lawan cikgu lagi saya masih amatur dan junior lagi!
Sat 18-Apr-2009 08:27
Posted by:izwanazir izwan@tv3.com.my
Tumpang tuan rumah

Assalammualaikum semua,
Bagi mereka yg sedang mencari Bunga Pahar, Gubahan Hantaran, Souvenir utk Majlis Perkahwinan, Pertunangan dan lain-lain

Tempahan masih lagi dibuka sepanjang tahun ini.....Murah sahaja sesuai dengan budget anda...

Jengah la:
http://norziziezyanie.fotopages.com

Gubahan Hantaran | Sirih Junjung | Bunga Pahar | Gift Door | Acar Buah

Sat 15-Aug-2009 13:21
Posted by:unnamed
View all 5 comments Add comment


Thursday, 12-Feb-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Daerah Istimewa Yogyakarta - Never Ending Asia



Rancangan melawat kota penuh budaya tradisi Jawa ini telah bermula sejak November 2008 lagi. Ketika itu, abah minta semua orang untuk mengambil cuti dalam bulan Februari dan 'wajib' menyertai percutian keluarga ini

My mum's best friend - Auntie Nurul, turut menyertai percutian ni.

Alhamdulillah, pesawat AK1004 dari KL - walaupun delay dan banyak air turbulance, selamat mendarat di Bandara Internasional Adi Soejipto di pinggir Yogyakarta petang tu.

Tumpuan aku memang kepada Candi Borobudur di Jawa Tengah dan melihat Gunung berapi Merapi yang menjadi landskap utama kota itu.

Bagimanapun, bulan Februari adalah antara bulan paling lembap di Yogya, jadi puncak Merapi seringkali 'malu' untuk memperlihatkan dirinya - berselindung di sebalik awan dan kabus.











Tetapi, walaupun tumpuannya memang mengarah ke Borobudur, Yogyakarta tidak terhad kepada candi purba itu sahaja.

Kotanya sendiri sangat menarik. Dengan 6 juta penduduk, Yogyakarta relatif aman, dan lokasi tumpuan pelancongannya tidak dibanjiri dengan peminta sedekah (walaupun hal ini tidak mungkin dapat di elakan).

Berbanding Bandung yang saya kunjungi 2004 lalu - ternyata, aktiviti peminta sedekah di Yogyakarta tidak memeningkan anda.


Bumbung bangunan dengan unsur dan gaya tradisional di Yogyakarta


Aktiviti kanak-kanak Yogya membuatkan aku rindu zaman kanak-kanak.


Runtuhan bangunan Sanggar Budaya, akibat letusan Merapi suatu ketika dulu. Haba panasnya boleh mencecah 3000'Celcius dan menghancurkan apa sahaja - lebur.


Bestnya naik kete kuda, dengan pemandangan sawah padi yang menghijau...lega!


Burung hantu ni antara puluhan spesis eksotik lain yang di jual di Pasar Burung Ngasem

Pantai Parangtritis, satu dari jaluran Pantai Selatan yang terkenal dengan lagenda Nyi Roro Kidul atau Ratu Pantai Selatan yang mempunyai 'Istana' dalam laut di jajaran pantai itu - turut kami kunjungi.

Mengikut kepercayaan tempatan, Ratu Nyi Roro Kidul gemarkan warna hijau, jadi untuk mengelak lemas di perairan bergelora ini - elakkan memakai baju atau seluar hijau


Pantai berpasir hitam ini - akibat kesan debu gunung Merapi - memang tak sesuai mandi. Ombaknya ganas. Celup2 kaki je la









Aku pun seperti biasa la - menjadi 'jurugambar' keluarga! Last2 gambar aku ada berapa je nak banding dengan yang lain





Yogyakarta memang berjaya mencuri perhatian aku - walaupun bukan orang Jawa, tetapi kota ini cukup mempersonakan!



salam, bes family outing! standard lah, bila kita tukang amik gmbar, gmbr kitala plg sikit. haha.. lagi bes kalau ada orang lain yg suka amik gmbar gak. Mon 16-Mar-2009 19:40
Posted by:afidalina
hhmmm..bila lagi la dapat cuti sefamily camni lagi..masing2 sibuk dan ada komitmen.
nurul, tak pernah sampai bukit tinggi lagi..
aduraixora, ini dari d40x saya with some editing.

Wed 18-Mar-2009 17:30
Posted by:izwanazir izwan@tv3.com.my
YEK ELEH KAVE NSEM LAK..XYAH KAVE DH ENSEM DAH POWN Thu 9-Apr-2009 00:59
Posted by:hermione
View all 9 comments Add comment


Saturday, 31-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Menembak di hujung minggu

Kebosanan di Kuala Lumpur pada hujung minggu, aku tak tunggu lama untuk ajak Anderie bertukar angin ke...alah, semua dah tahu mana my favourite spot

Ingatkan nak jumpa org Bukit Batok, tp dia pun pi travel

So, ini antara pic2 menghabiskan masa hujung minggu.












Aku bagi 4 star untuk Museum ni (sebab aku dapat masuk tiket free, thanks to Kak Asmah from National Museum ). Persembahan yang menarik dan teratur.


Maria Menado masa muda-muda, jadi model untuk F&N


Buku2 di Borders, Wheelock Place ni, baaaannyyak yang takde kat KL. So best gak kat sini.

blog bila cik wan nak update ye? Wed 25-Feb-2009 04:04
Posted by:zuha wanzuha@gmail.com  - [Link]
gmbr 2nd n 3rd tu kat mane ek abg wan?? singapore flyers ke??..lepak2 ujung minggu ke singapore ke?? waaa.. if org jb no wonder laa..mmg keluar masuk.. Mon 2-Mar-2009 08:04
Posted by:adura ixora aduraixora@yahoo.com  - [Link]
zuha: macam agak susah bila ada dua laman web, mungkin nak pusatkan semuanya ke satu laman je

aduraixora: semua pic ni di singapura, ya itu S'pore Flyer dan saya bukan org JB
Wed 18-Mar-2009 17:28
Posted by:izwanazir izwan@tv3.com.my
Add comment


Monday, 26-Jan-2009 12:00 Email | Share | | Bookmark
Makan Besar keluarga sempena...public holidays!

Ketika jiran2 kami berbangsa Cina semuanya sibuk makan besar dengan keluarga masing2..

Entah macammana kami pun boleh 'terkeluar' dengan idea untuk Makan Besar bersama kerabat keluarga, mengambil kesempatan cuti umum yang panjang..



Masa ni lah adik beradik aku dapat berkumpul sekali...dan melupakan urusan kerja masing2.

Jiran terdekat dan saudara mara turut meluangkan masa bersama. Yelah, bukan senang dapat berkumpul sekali sekala begini, ye tak?

Hehehe, to all my chinese friend - Gong Xi Fa Chai, Shin Nen Kuai Le.





wahh2..ab.izwan pun ade fotopages??? ganasszz2.
emm...ab.izwan,cmne nk tgk video klip yg gaza punyee time tv3 launch video kanak2 gaza menanagis tuu??
saya tak dan nk tonton...tgk2 budak gaza tuu dh esak2 citee pglmn dyee sewaktu dibedil zionis..kesiiann sgt tgk..entah bape ari bulan entah berita tuu....
kat youtube ade x video tuu?? boleh ab.izwan tlg uplode kan video budak kecikk tuu kat fp ab.izwan nii?? boleh???
Sun 1-Feb-2009 01:46
Posted by:Iffah
kasi leleh je tgk bbq tu. ngan bara dia yang.....makan bosat juga ye.bagus gak tu.he..he... erat silaturahim....

sudi2 r singgah fp kita,
Mon 2-Feb-2009 04:15
Posted by:ckyn aka mama uyeen ckyn_bess020401@yahoo.com  - [Link]
waa bestnye..sedapppnye...siap zoom gmbr dekat..saje bg org terliur... Tue 3-Feb-2009 08:18
Posted by:adura ixora aduraixora@yahoo.com  - [Link]
View all 5 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.